Untung Tak Mengambarkan Baki Bank & Tunai Banyak

Kepada pemilik bisnes, jangan anggap untung syarikat itu sebagai baki akaun bank anda. Ramai pemilik perniagaan salah faham tentang ni.

Contoh

Megah Enterprise dimiliki Encik A, beniaga kasut di uptown dan pasar malam. Tak asingkan belanja peribadi dan bisnes, Encik Ali selalu guna kad atm bisnes @ duit akaun bank syarikat untuk perbelanjaan peribadi.

Apa masalahnya?

1. Boleh sebabkan baki tunai tidak cukup

2. Meyebabkan anda berhutang dengan pihak ke 3 @ pembekal

3. Boleh menyebabkan cukai tinggi dan sukar untuk bayar

—-

Dekat sini apa kesan akan berlaku pada perniagaan?

1. Baki bank tak cukup nak bayar pembekal, disebabkan sudah terlebih guna untuk perbelanjaan lain

2. Syarikat selalu tidak cukup duit dan sukar untuk majukan bisnes sebab kekurangan wang

3. Cukai boleh tinggi disebabkan banyak belanja tidak dapat dikesan dan dibenarkan

4. Boleh sebabkan pemilik syarikat pening bila nak mengadap auditor dan cukai

—-

Cadangan yang boleh dibuat;

1. Asingkan akaun bank perniagaan dan peribadi

2. Ambil sebagai gaji untuk perbelanjaan peribadi atau untuk komitmen, elak keluar dari syarikat tanpa kawalan

3. Wujudkan rekod aliran tunai dan rekod hutang untuk ketahui jumlah sebenar boleh dibelanja

atau

4. Guna sistem akaun yang boleh kawal untuk lebih mudah dan cepat

Semoga Bermanfaat.

 

“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *