4 Jenis Pendapatan Penggajian

Semua yang layak bayar cukai tahu, yang salah satu pendapatan yang perlu diisytihar adalah pendapatan penggajian.

Tapi ramai yang tak tahu dan tak faham, yang pendapatan penggajian ni ada jenis-jenisnya yang wajib diisytiharkan sekali dan bukan gaji bulanan yang diterima itu saja.

Berikut merupakan pendapatan penggajian yang dikenakan cukai;

1. Tunai atau sesuatu yang boleh ditukar kepada tunai:-

– Gaji, bonus, yuran pengarah, komisen, elaun, perkuisit, ganjaran dan lain-lain

2. Manfaat berupa barangan (benefit in kind)

– Kereta, telefon bimbit, pemandu, orang gaji dan lain-lain

3. Manfaat kediaman – yang disediakan oleh majikan

4. Pampasan – yang diterima kerana diberhentikan

Pastikan anda semak dan isytihar semua pendapatan yang anda terima untuk elakkan masalah kurang lapor terjadi.

Majikan pun kena alert, adakah jumlah yang diterima pekerja ini layak untuk dikenakan Potongan Cukai Bulanan. Kalau ya, majikan perlulah ambil langkah dengan membuat potongan cukai bulanan berdasarkan gaji pekerja anda.

 

Semoga Bermanfaat.

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *