BORANG CP 58

Apa itu CP 58?

Anda  ada bayar insentif kepada ejen? Pening tak tahu kena isi borang CP58 atau tak perlu? Mari saya kongsikan sedikit berkenaan CP 58,

CP 58 ialah satu borang yang dikeluarkan oleh LHDN untuk diisi oleh syarikat pembayar insentif kepada  ejen, pengedar atau pengagih. Bentuk bayaran insentif tersebut boleh berbentuk wang tunai atau bukan wang tunai dan ia mesti  dianggap insentif yang boleh dikenakan cukai kepada penerima.

Insentif yang berbentuk wang tunai adalah seperti komisen dan bonus, manakala insentif berbentuk bukan wang tunai adalah seperti produk syarikat, kereta, rumah, pakej pelancongan dan emas.

Syarikat pembayar hendaklah mengisi dan menyediakan Borang CP58 untuk semua penerima insentif. Syarikat pembayar hanya perlu menyerahkan borang CP 58 kepada penerima insentif yang melebihi RM5,000 setahun. 

Namun, penerima yang menerima insentif kurang daripada RM5,000, syarikat pembayar perlu mengeluarkan borang jika diminta oleh penerima tersebut sahaja.

Syarikat pembayar perlu menyerahkan borang tersebut kepada penerima insentif selewat- lewatnya 31 Mac setiap tahun. Borang ini tidak perlu di serahkan kepada LHDN tapi perlu disimpan rapi oleh syarikat pembayar dan penerima.

Selain itu, syarikat pembayar perlu menyimpan senarai maklumat semua penerima insentif selama tujuh (7) tahun dari tahun asas insentif diberikan. Jika tiada bukti yang disimpan oleh syarikat pembayar, pembayaran insentif tersebut boleh dianggap sebagai belanja yang tidak dibenarkan. Maksudnya cukai syarikat pembayar akan tinggi.

Nilai insentif yang bukan berbentuk wang tunai (seperti rumah, emas , kenderaan) yang dinyatakan dalam borang CP58 adalah berdasarkan nilai yang dituntut oleh syarikat pembayar pada masa ia berlaku, bukan nilai semasa barang tersebut.

Contoh:

1.6.2020 syarikat pembayar ada memberi emas kepada seorang ‘top ejen’ dan nilai tersebut berharga RM 500, borang CP 58 perlu dihantar paling lewat pada 31.3.2021 kepada ejen. Syarikat pembayar perlu menggunakan nilai  RM 500 juga, bukan nilai semasa emas.

Selain itu, penerima insentif juga hendaklah melaporkan amaun yang ditunjukkan didalam borang CP 58 sebagai pendapatan dalam tahun taksiran insentif diterima. Maksudnya penerima perlu melaporkan amaun tersebut didalam borang B atau BE pada tahun insentif diterima.

Terdapat beberapa kekeliruan tentang kriteria syarikat pembayar yang perlu menyediakan dan mengisi borang CP58. Saya berikan dua situasi, sila rujuk rajah dibawah :

 

Bagi situasi A :  Syarikat yang perlu mengisi borang CP58

CP58

Situasi A ini ialah situasi yang perlu mengisi borang Cp 58, kerana syarikat pembayar (HQ) akan membayar insentif atau komisyen kepada ejen/ stokis.  Berapa sahaja nilai  insentif yang dikeluarkan oleh syarikat pembayar kepada ejen perlu direkod di dalam borang CP58.

 

Situasi B :  Syarikat yang perlu tak perlu mengisi borang CP58

CP58

Bagi Situasi B pula, ini adalah situasi syarikat yang tidak perlu mengisi borang CP 58. Ini kerana tiada langsung bayaran insentif yang dibuat oleh HQ kepada ejen atau stokis. Penambahan harga yang dikenakan stokis/ejen kepada pembeli ini bukan dikira sebagai insentif kepada ejen. Jadi tidak perlu HQ mengisi borang CP 58 .

—–

Kesimpulannya,  borang CP 58 perlu diisi oleh syarikat yang mempunyai ejen dan ada membuat bayaran insentif kepada ejen terhadap barangan atau servis yang di jual oleh ejen kepada pembeli.

Bayaran insentif ini tidak kira sama ada berbentuk wang tunai atau bukan perlu dinyatakan seluruhnya didalam borang tersebut. Hal ini kerana bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang akan dihadapi pada masa hadapan kepada syarikat pembayar atau ejen yang menerima insentif tersebut.

Borang CP 58  anda boleh dapatkan di laman sesawang LHDN.

Sekian,
Terima kasih.

 

Penulisan:

NUR HIDAYAH,

Account Executive , 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.


 

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

3) Instagram
@Genius Usahawan 

 

#amaccgroup
#LHDN
#celikcukai


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019

20 PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019

30 Jun 2020 ini merupakan tarikh akhir penghantaran Borang BE (cukai Individu). Bagi mereka yang ada kesempatan untuk memaksimunkan pelepasan yang diberi oleh LHDN, baik guna sepenuhnya.

Siapa yang tidak tahu pelepasan apa yang boleh diperolehi untuk cukai individu, boleh rujuk dibawah :-

—————————————

1) Individu dan saudara tanggungan –

➡️ TERHAD RM9000
————-

2) Belanja Kepada Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan perlu disahkan oleh pengamal perubatan) –

➡️ TERHAD RM5000

ATAU (Pilih salah satu)

Ibu dan Bapa
➡️ Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
➡️ Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

➡️ TERHAD RM3000

? Jumlah dibahagi sama rata dengan adik beradik yang tuntut untuk pelepasan cukai
? Pastikan anda tahu no kad pengenalan mak ayah
? Pendapatan mak atau ayah tidak melebihi RM24000/orang bagi setahun
? Umur ibu atau bapa melebihi 60 tahun
————-

3) Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)

➡️ TERHAD RM6000

?Jangan lupa simpan resit
————-

4) Individu Kurang Upaya –

➡️ TAMBAHAN RM6000

? Perlu dapatkan pengesahan sebagai OKU
————-

5) Yuran Pendidikan (Diri Sendiri Saja) :

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

➡️ TERHAD -RM7000
————-

6) Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (untuk individu atau suami/isteri atau anak-anak)

ATAU

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) – ➡️ TERHAD RM500

➡️ TERHAD KESELURUHAN RM6000
————-

7) Gaya Hidup :

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

(iv) Bayaran langganan internet

➡️TERHAD RM2500

? Simpan resit ya
————-

8) Pembelian peralatan penyusuan

➡️TERHAD RM1000
————-

9) Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

➡️TERHAD RM1000
————-

10) Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019)

➡️TERHAD RM8000
————-

11) Suami/Isteri /Bayaran alimoni kepada bekas isteri (pasangan tidak mempunyai pendapatan atau memilih untuk istihar cukai taksiran Bersama)

➡️TERHAD RM4000
————-

12) Suami/Isteri kurang upaya

➡️TAMBAHAN RM4000
————-

13) Anak di bawah umur 18 tahun

➡️TAMBAHAN RM2000 / seorang
————-

14) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

➡️TAMBAHAN RM2000 / seorang
————-

15) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).

(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

➡️TAMBAHAN RM8000 / seorang
————-

16) Anak Kurang upaya

➡️TAMBAHAN RM6000 / seorang

DAN

➡️Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 / SEORANG

? bagi anak kurang upaya yang berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
————-

17) Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

➡️TERHAD RM7000 tetapi pecahan terhad seperti dibawah:-

Epf @ KWSP – Terhad RM4000

Insuran nyawa – Terhad RM3000
————-

18) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

➡️TERHAD RM3000
————-

19) Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji

➡️TERHAD RM3000
————-

20) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

➡️TERHAD RM250

————-

Disediakan oleh:

AMSYARI ZARIR B ABDUL SHAKUR,

Managing Director, 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.

 


 

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

3) Instagram
@Genius Usahawan 

 

#amaccgroup
#LHDN
#cukaiindividu


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.