SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-61 : SAYANGI MALAYSIA KU

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-61 buat semua rakyat Malaysia.

“Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta bekerja membanting tulang di negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.”

“Kita semua rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Marilah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara.”

-Petikan ucapan daripada Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj (Perdana Menteri Malaysia pertama Pada 3 Jun 1957) yang disampaikan oleh beliau kepada lebih 2 ribu orang yang berkumpul bagi meraikan kejayaan beliau yang pulang dari Kota London untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan Malaya pada masa itu iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957.

CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (SST)

Pasti ramai yang masih keliru mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada 1 September 2018. Sudah pasti ramai yang ingin mengetahui bagaimana sebernanya pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan yang akan dijalankan nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapat lebih banyak info mengenai cukai jualan dan perkhidmatan ini, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

https://mysst.customs.gov.my/

Salam Aidil Adha

Kami warga Amacc Corporate Services Sdn Bhd ingin mengucapkan “Salam Aidil Adha” buat seluruh umat Islam

“Indah Langit Kerana Awan,

Indah Laut Langit Kerana Kebiruan,

Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan,

Indah Aidiadha Kerana Pengorbanan”

JEMPUTAN EKSLUSIF KE KELAS ‘BASIC ACCOUNTING & DOCUMENT’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai yang tidak menyedari keperluan mempunyai akaun yang lengkap. Kalau ditanya berkenaan akaun dikalangan orang yang menjalankan perniagaan, boleh dikatakan majoriti peniaga akan mengaku mengalami masalah perakaunan.

Kenapa masih ramai peniaga mengalami masalah perakuanan dan tidak dapat