CUKAI PENDAPATAN: DOKUMEN YANG WAJIB DISIMPAN

CUKAI PENDAPATAN (INCOME TAX): 10 Dokumen Wajib Simpan, 10 Dokumen Sokongan dan Cara Menyimpan Rekod
—————————————
(Jom kita semak)

Ramai yang tidak tahu cara selamat dan dokumen apa yang perlu disimpan untuk cukai pendapatan atau lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Income Tax. Di sini saya kongsikan dokumen yang perlu disimpan dan memudahkan pihak LHDN untuk buat semakan.

Tanggungjawab simpan dokumen adalah atas pembayar cukai. Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal bersama Borang Cukai Pendapatan anda, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

➡️1. Borang EA/EC & CP58

? Dapatkan dari majikan anda sebelum Mac
? Borang tentang jumlah pendapatan yang telah diberikan kepada pekerja
? CP58, dokumen yang disediakan untuk agen yang terlibat dalam aktiviti menerima komisen (unit trust, REN, takaful)

➡️2. Baucar Dividen

? Terima dividen dari saham yang dilaburkan

➡️3. Resit Premium Insurans

? Selain resit, digalakkan simpan penyata insurans
? Mohon pada agen atau muat masuk dari sistem

➡️4. Resit Pembelian Buku

? Dokumen yang sering diambil ringan,
? Lepas ni, dapat resit, buat Salinan dan simpan
? Semua buku kecuali buku yang terlarang
? Buku yang telah dituntut di syarikat atau individu lain, tidak dibenarkan dituntut atas diri sendiri.

➡️5. Resit Perubatan

? Segala resit berkaitan sakit kritikal (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
? Resit pemeriksaan perubatan penuh (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
? Resit perbelanjaan perubatan kepada kedua ibu bapa (disahkan sakit oleh pengamal perubatan)

➡️6. Resit Derma

? Resit bayaran derma ke institusi, tabung dan organisasi yang dibenarkan oleh LHDN
? Nak mudah, resit atau surat tuntut derma mesti ada tertera mendapat pelepasan cukai (tengok kesahihan juga)

➡️7. Resit Pembayaran zakat

? Zakat yang dibayar ke institusi yang dibenarkan sahaja seperti Lembaga Zakat Selangor
? Zakat fitrah untuk bulan Ramadhan juga lepas

➡️8. Sijil kelahiran anak dan sijil anak angkat

➡️9. Sijil nikah

➡️10. Dokumen Sokongan Lain

1. Penyata Skim Persaraan Swasta
2. Surat tawaran belajar di universiti, kolej atau institusi pendidikan yang dibenarkan (untuk diri dan anak)
3. Surat atau dokumen bukti individu kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
4. Penyata SSPN
5. Resit bayaran yuran Pusat asuhan atau pra sekolah yang dibenarkan
6. Resit pembelian peralatan penyusuan
7. Resit belian alatan sukan dan bayaran keahlian gim (untuk diri, suami @ isteri dan anak)
8. Penyata atau resit bayaran langganan internet
9. Resit pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (untuk diri, suami @ isteri dan anak)
10. Salinan IC ayah dan ibu anda, untuk tuntutan pelepasan RM1500

➡️11. Yang ini paling penting untuk anda simpan ialah pengiraan cukai yang anda istihar

Tempoh tujuh tahun bermula dari akhir tahun borang cukai pendapatan

– Borang cukai anda dalam tempoh 7 tahun (senang simpan semua)

Simpan semua dokumen dalam satu beg yang terdapat banyak folder dan letak tahun di depan beg tersebut. Ataupun, sekiranya dokumen yang ada tidak banyak , boleh saja beli fail folder. Janji semua dokumen tersimpan.


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu.

#amaccgroup
#CUKAIINDIVIDU

PENTINGNYA ‘JOB DESCRIPTIONS’

Apa yang dimaksudkan dengan “Job Descriptions”?

Keterangan kerja atau lebih dikenali sebagai Job Descriptions ini adalah satu kenyataan bertulis yang menjelaskan tentang tanggungjawab dan tugas bagi sesuatu jawatan yang dipegang.

Keterangan kerja ini haruslah memberi gambaran ringkas tentang peranan pekerjaan. Ia perlu dipastikan selari dengan matlamat dan visi yang ingin dicapai oleh syarikat.

Kenapa pentingnya untuk syarikat menyediakan Job Descriptions ini?

  • Sebagai asas dalam pengurusan pekerjaan terutama dalam hal pengambilan dan pemilihan pekerja bagi sesuatu jawatan

– Keterangan kerja yang jelas membantu anda dalam memilih pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan yang dicari
– Calon juga jelas dan faham tentang tanggungjawab bagi jawatan yang diperlukan

  • Dijadikan sebagai penentu dalam penilaian prestasi pekerja
  • Menentukan tanggungjawab dan tugas yang harus dipegang oleh pekerja
  • Membantu dalam menetapkan gaji yang sesuai bagi sesuatu jawatan dengan melihat kepada tanggungjawab yang dipegang
  • Pekerja jelas tentang skop tugas mereka dan lebih fokus dalam menjalankan tanggungjawab kerana mereka tahu tentang apa yang perlu dicapai

Apa yang perlu ada dalam Job Descriptions ini?

  • Nama jawatan / Posisi
  • Tugas dan tanggungjawab
  • Kemahiran yang diperlukan bagi jawatan yang dipegang
  • Purata Gaji
  • Hierarki jawatan – penerangan mengenai struktur pelaporan (pada siapa perlu lapor)

Sekiranya sesebuah syarikat itu tidak menyediakan Keterangan kerja yang jelas kepada pekerja. Mereka tidak dapat memahami tentang tugas mereka dan tentang apa yang perlu dicapai.

Ketidakfahaman pekerja dengan tugas dan tanggungjawab yang diberi akan membuat mereka berasa kurang motivasi untuk menjalankan kerja. Seterusnya, boleh mengakibatkan penurunan produktiviti syarikat.

Oleh itu, pentingnya Keterangan kerja ini dalam membantu pekerja memahami tugas dan tanggungjawab mereka. Supaya ia seiring dengan usaha untuk mencapai visi syarikat.


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu 

#amacc

#pengurusansumbermanusia

DIVIDEN SYARIKAT

Apa itu Dividen Syarikat?

Merupakan pengagihan keuntungan syarikat kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimilikinya. Jumlah yang akan diterima pemegang saham tertakluk kepada jumlah saham yang dimiliki di dalam syarikat tersebut.

Dividen diagihkan melalui 3 cara iaitu:

  • Tunai – Dibayar dalam bentuk wang 
  • Saham – Dibayar dalam bentuk saham tambahan 
  • Asset – Dibayar dalam bentuk asset (Dividen ini jarang dilakukan)


Syarat pengagihan:

  • Dibayar kepada pemegang saham jika syarikat mempunyai keuntungan sahaja.
  • Pengagihan dividen tersebut dibenarkan oleh pengarah syarikat.
  • Syarikat mestilah solven selepas pengagihan dividen dibuat. Solven bermaksud syarikat berupaya untuk membayar hutang 12 bulan selepas pengagihan dividen dibuat.
  • Boleh dibuat bila-bila masa sahaja mengikut apa- apa jumlah yang telah dipersetujui oleh pengarah syarikat.
  • Semua dividen wajib diisytiharkan kepada Bursa Malaysia
  • Dividen dibayar selepas ditolak jumlah cukai syarikat


Bilakah Dividen Perlu Diagihkan?

  • 2 kali atau 3 kali (setahun) bergantung kepada syarikat.
  • 3 jenis tempoh pengagihan:
    • Dividen interim

Diisytihar untuk satu jangka masa yang pendek iaitu 3 atau 6 bulan, dibayar dalam tempoh perakaunan semasa, dibuat berdasarkan prestasi keuntungan syarikat sebelum tempoh perakaunan berakhir.

    • Dividen akhir

Diisytihar selepas penyedian penyata kewangan syarikat (12 bulan), pembayaran dibuat selepas tempoh perakaunan semasa, biasanya nilai dividen lebih tinggi berbanding interim.

    • Special/Extra dividen

Dibayar secara tiba-tiba oleh syarikat, diisytihar apabila syarikat mencatatkan keuntungan luar biasa.

 

Cara Pengiraan 

Formula: Unit Saham yang dipegang (Unit) X Nilai Dividen (RM/per saham)

Contoh: Unit yang dipegang = 200 unit, Nilai dividen (RM) = RM 0.20
Jawapan: 200 unit x RM 0.20 = RM 40

Jumlah dividen yang akan diterima pemegang saham tersebut ialah sebanyak RM 40.

 

Kelebihan Membayar Dividen

  • Menunjukkan kestabilan sesebuah syarikat. Syarikat yang berupaya membayar dividen lebih kerap amat disukai oleh pelabur kerana menunjukkan prestasi syarikat tersebut.
  • Dapat menarik ramai pelabur
  • Berkongsi rezeki yang diterima dengan pelabur
  • Menjalinkan hubungan baik antara pelabur dan syarikat.

Nak tahu lagi banyak info bisnes, follow dan join saya di

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu.

#amacc
#pengurusansyarikat