Dah Layak Bayar Cukai? Ketahui Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai..

Ramai dah tahu kena bayar cukai, tapi tak tahu apa pula jenis pendapatan yang kena cukai.

Baca senarai bawah ni untuk tahu lebih lanjut..

1. Perniagaan Atau Profession

Kalau anda ada buat bisnes kecil-kecilan secara full time atau part time, ia akan kena cukai.

Youtuber, instafamous, blogger dan influencer pun termasuk dalam kategori ini.

Bila duit dah banyak masuk dalam akaun peribadi, bank pun boleh kejar anda ye.

Jadi anda kena buka akaun semasa dan daftar ssm.

Jangan lupa juga isytihar cukai.

2. Penggajian

Yang ni untuk pekerja yang ada gaji yang layak kena potong cukai.

Majikan akan buka fail untuk bayar gaji pekerja mereka.

3. Dividen & Faedah

Ada dapat dividen? Itu pun dikira pendapatan dan akan dikenakan cukai, kecuali dividen dari Tabung Haji dan ASB.

4. Diskaun

Biasa bukan dalam bentuk wang ringgit, tapi sebagai manfaat seperti dapat diskaun untuk beli kereta, rumah, perabot dan lain-lain.

Jumlah diskaun itu akan kena cukai.

5. Sewa

Anda ada buat bisnes sewa kereta, rumah atau tanah? Semua duit yang anda dapat tu akan kena cukai.

6. Royalti

Antara mereka yang dapat royalti adalah penulis, pelukis dan penyanyi.

Tapi ada juga yang dikecualikan cukai, seperti individu yang bermastautin di Malaysia.

7. Premium

Cukai juga boleh dikenakan kepada hadiah dan ganjaran dalam bentuk baucer, wang tunai, rumah, kereta, telefon, dan percutian.

8. Pencen

Untuk yang dapat pencen juga dikenakan cukai, tapi bersyarat. Tak semua pencen kena bayar cukai.

9. Anuiti

Ini untuk mereka yang dah bersara dan melanggan produk anuiti.

Mereka akan dapat wang secara konsisten dari syarikat tersebut, dalam tempoh yang ditetapkan.

Pendapatan anuiti juga dikenakan cukai.

Itu saja. Boleh faham ke?

Kalau anda ada pendapatan dari senarai ini, sila bayar cukai ye.

Belajar sesuatu hari ni? Klik butang share untuk kongsikan post ini kepada rakan-rakan yang lain.

Ini Akibatnya Kalau Syarikat Enterprise Tak Pernah Hantar Borang Cukai

Ia kisah berlaku pada perniagaan yang menguna pemilikan tunggal atau kata orang mudah faham Enterprise.

Kebanyakkan orang yang menjalankan perniagaan ini selalu ialah orang yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Disebabkan fikiran tersebut, kebanyakkan mereka yang membuka enterprise menyangka tiada pihak akan ganggu mereka terutama LHDN.

Akhirnya mereka memilih untuk tidak perlu simpan dokumen dan hantar borang cukai pendapatan.

Kisah malang ini terjadi pada perniagaan yang menjalankan kerja cuci kereta.

Pada permulaan perniagaan ni tidak lah rancak, namun selepas 2 tahun, perniagaan ni menjadi hingga jadi 3 cawangan.

Sepanjang 2 tahun tersebut, hampir tiada langsung dokumen disimpan dan tidak buat kemaskini penyata untung rugi.

Akhirnya, pihak LHDN dapat kesan perniagaan beliau tidak pernah didaftar dan serah simpan borang cukai pendapatan.

Atas sebab tidak pernah buat penyata untung rugi dan simpanan rekod yang baik. Pihak LHDN mengeluarkan anggaran cukai perlu bayar dan kompaun yang perlu ditanggung.

Nak jadi cerita jumlah keseluruhan yang dikenakan adalah sebanyak RM50,800.

Bagaimana cara mereka buat anggaran ialah dengan jangkaan kereta masuk dalam sehari dan pakej yang ditawarkan.

Selepas anggaran ini dikeluarkan, dalam tempoh sebulan syarikat hendaklah buat rayuan dan tunjuk penyata untung rugi yang sebenar.

Memang sukar untuk dapat penyata untung rugi yang tepat. Tapi apa yang boleh bantu ialah duit masuk di bank serta perbelanjaan yang logik berlaku pada perniagaan tersebut.

Akhirnya, pihak kami dapat keluarkan anggaran yang dirasa logik dan boleh diterima akal. Selepas rayuan dan budi bicara dibuat.

Syarikat dapat kurangkan bayaran cukai serta kompaun sehingga menjadi RM12400.

Pelajaran disini, sentiasa lah tahu bahawa serah simpan borang cukai pendapatan adalah jadi tanggungjawab bila anda sudah mula lakukan perniagaan.

Anda hendaklah sentiasa menyimpan dokumen serta kemaskini penyata rugi dan imbangan duga.

Kenapa? Jika gagal anda buat perkara ini, agak sukar untuk pihak anda melawan apa yang dianggar oleh pihak LHDN.