demo-attachment-1233-close-up-of-female-hands-using-smart-phone-while-PWQR3QP@2x

7 KRITERIA BORANG NYATA CUKAI TIDAK LENGKAP

Berikut adalah antara kesilapan biasa yang dilakukan dalam mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) semasa mengisytihar cukai pendapatan;

1. Tidak menggunakan borang nyata cukai yang ditetapkan

> Menggunakan borang yang dicetak dalam format sendiri

> Menggunakan borang yang ditanda ‘Untuk Rujukan Sahaja’

> Mengisi maklumat dalam borang nyata cukai menggunakan PENSEL

> Borang dihantar melalui faks

> Ada muka surat yang tercicir daripada Borang yang dikemukakan

 

2. Tidak menggunakan borang nyata cukai bagi tahun yang ditetapkan

Nak isytihar untuk tahun 2020, tapi guna borang 2019. Ini adalah satu kesalahan ya. Bila nak isytihar cukai anda, pastikan tahun taksiran dengan betul dan guna borang mengikut tahun yang ditetapkan.

 

3. Kesilapan dalam mengisi maklumat asas

Semasa mengisi maklumat yang diperlukan pastikan anda mengisi maklumat asas seperti nama, no kad pengenalan, dan no pendaftaran cukai dengan tepat untuk mengelakkan borang anda tidak diproses dan dipulangkan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

4. Kesilapan memasukkan tarikh tempoh perakaunan / tempoh asas

Ini antara kesalahan biasa yang dilakukan. Bagi anda yang menjalankan perniagaan, pastikan tempoh perakaunan perniagaan anda diisi dengan tepat.

 

5. Mengisi amaun dan pengiraan cukai yang salah

> Kesilapan dalam amaun yang dimasukkan dari ruangan pendapatan sehingga cukai kena bayar.

> Jumlah amaun di ruangan ‘Pecahan Pendapatan Bercukai’ tidak sama dengan amaun di ruangan ‘Pendapatan Bercukai’.

> Ada amaun diisi di ruangan ‘Pendapatan Bercukai’ tetapi pengiraan cukai tidak ditunjukkan.

> Mengisi amaun ‘Cukai Kena Dibayar’ di ruangan ‘Cukai Dibayar Balik’ atau sebaliknya.

 

6. Butiran di Bahagian ‘Akuan Borang Nyata’ tidak diisi dengan betul

> Maklumat di bahagian ‘Akaun Borang Nyata’ tidak diisi atau tidak diisi dengan tepat.

> Tiada maklumat (Nama, No. Pengenalan / Pasport, Jawatan)

> Butiran adalah tidak sama dengan maklumat asas pembayar cukai walaupun akuan menunjukkan ‘Borang Nyata diisi bagi pihak sendiri’.

 

7. Penyata C.P.8D tidak lengkap

Penyata C.P.8D adalah penyata saraan daripada penggajian, tuntutan potongan dan maklumat mengenai potongan cukai (potongan daripada saraan)

Antara kesalahan biasa yang dilakukan berkaitan penyata ini;

i. Mengemukakan C.P.8D bagi lebih daripada satu majikan dalam satu peranti adalah TIDAK dibenarkan.

ii. Maklumat C.P.8D dalam peranti tidak menggunakan format yang telah ditetapkan oleh LHDN.

——

Apa kesan jika kita melakukan kesalahan-kesalahan di atas?

Bila kita hantar borang yang tak lengkap atau salah isi maklumat, LHDN akan pulangkan semula borang tersebut kepada kita.

Anda juga berkemungkinan boleh dikenakan penalti sekiranya berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula BNCP tersebut kepada LHDN. Jadi, pastikan setiap maklumat yang diisi tepat dan lengkap sebelum anda menghantar BNCP anda.

Ingatan mesra pada anda; janganlah bila dah Tarikh terakhir perlu hantar & isytihar cukai baru anda sibuk nak buat kiraan cukai dan mengisi borang. Pastikan siap lebih awal, supaya anda ada masa untuk perbetulkan dan buat bayaran jika dikatakan borang anda dipulangkan semula kerana anda ada melakukan kesalahan-kesalahan di atas.

 

Semoga bermanfaat.

Rujukan: LHDN-Kriteria BNCP Tidak Lengkap 


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department). Lebih mudah isikan maklumat anda di SINI. 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE: ?

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR TELEGRAM GROUP: ?

https://t.me/geniususahawanadvisory

.

#GenU
#MaxCashReserve
#GeniusUsahawan