Kenapa perlu fikir untung, selain jualan?

Terdapat 5 sebab saya katakan perniagaan perlu fikir untung dan bukan saja hanya fokuskan pada jualan.

.

1) Jualan bukan tunjukkan kekuatan syarikat dalam perniagaan. Memang ia nampak indah di mata para usahawan. Tapi ianya boleh jadi sia-sia jika tidak kita tak ketahui berapa % untung yang dapat. Malah jadi cerita sembang jika ia rugi.

.

2) Melalui untung kita boleh elak dari masalah tunai tidak cukup. Jika bijak dalam pasti untung adalah dalam bentuk tunai. Ia sebenarnya boleh bantu perniagaan untuk dalam membuat keputusan seperti nak belanja marketing dan beli aset.

.

3) Bagi Sdn Bhd untung yang wujud memang ada cukai yang perlu dibayar. Cuma jangan lupa, untung selepas cukai boleh kita ambil sebagai dividen untuk mereka dalam Sdn Bhd (jika penuhi beberapa syarat). Dividen yang diterima tidak dikenakan cukai pada individu.

.

4) Untung boleh bantu perniagaan dan syarikat, untuk ada peluang dapat pinjaman. Makin kuat untung yang wujud untung, makin kuat peluang untuk ada pinjaman. Majoriti bank akan pandang keuntungan syarikat selama 2 tahun.

.

5) Melalui untung, barulah kita boleh fikirkan mempunyai cash reserve. Seperti saya katakan sebelum ni cash reserve sangat penting, dalam kehidupan peribadi kita pun perlu wang untuk teruskan kehidupan. Begitu juga dalam kehidupan perniagaan, perlu ada tunai untuk teruskan perjalanan perniagaan.

.

Apa-apa pun, tindakan untuk naikkan jualan, jangan lupa fikir bagaimana nak tingkatkan keuntungan.


Semoga Bermanfaat.

 


” DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

 

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU
#MaxCashReserve
#KonvensyenGeniusUsahawan
#Ceoflix
#FinacialSwagger

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *