Cukai Tinggi: Kutipan & Kawalan Debtors Tidak Dijaga.

Antara masalah yang sering berlaku dalam syarikat, tidak menjaga kutipan dan kawalan penghutang (debtors) dengan betul. Akhirnya, ramailah senarai penghutang dalam syarikat.

Macam mana boleh terjadi masalah ini? Antara sebabnya ialah;

1) Tidak membuat invois yang betul atau tepat

2) Tidak kemaskini penyata kewangan syarikat

3) Tidak mempunyai atau kekurangan pekerja dibahagian admin untuk buat kutipan (collection)

Masalah ini boleh menyebabkan anda membayar cukai yang tinggi tanpa ada tunai yang cukup. Bayaran belum diterima daripada penghutang (debtors), tapi rekod jualan ada.

Bukan sekadar itu, syarikat anda juga boleh alami masalah pembayaran pada pembekal dan gaji pekerja. Lebih menyusahkan ialah syarikat anda tidak boleh membuat perancangan seterusnya.

Jagalah kutipan dan kawalan penghutang (debtors) anda dengan betul untuk kebaikkan bisnes anda.

 

Semoga Bermanfaat.

 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU

#MaxCashReserve

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger

Kenapa perlu fikir untung, selain jualan?

Terdapat 5 sebab saya katakan perniagaan perlu fikir untung dan bukan saja hanya fokuskan pada jualan.

.

1) Jualan bukan tunjukkan kekuatan syarikat dalam perniagaan. Memang ia nampak indah di mata para usahawan. Tapi ianya boleh jadi sia-sia jika tidak kita tak ketahui berapa % untung yang dapat. Malah jadi cerita sembang jika ia rugi.

.

2) Melalui untung kita boleh elak dari masalah tunai tidak cukup. Jika bijak dalam pasti untung adalah dalam bentuk tunai. Ia sebenarnya boleh bantu perniagaan untuk dalam membuat keputusan seperti nak belanja marketing dan beli aset.

.

3) Bagi Sdn Bhd untung yang wujud memang ada cukai yang perlu dibayar. Cuma jangan lupa, untung selepas cukai boleh kita ambil sebagai dividen untuk mereka dalam Sdn Bhd (jika penuhi beberapa syarat). Dividen yang diterima tidak dikenakan cukai pada individu.

.

4) Untung boleh bantu perniagaan dan syarikat, untuk ada peluang dapat pinjaman. Makin kuat untung yang wujud untung, makin kuat peluang untuk ada pinjaman. Majoriti bank akan pandang keuntungan syarikat selama 2 tahun.

.

5) Melalui untung, barulah kita boleh fikirkan mempunyai cash reserve. Seperti saya katakan sebelum ni cash reserve sangat penting, dalam kehidupan peribadi kita pun perlu wang untuk teruskan kehidupan. Begitu juga dalam kehidupan perniagaan, perlu ada tunai untuk teruskan perjalanan perniagaan.

.

Apa-apa pun, tindakan untuk naikkan jualan, jangan lupa fikir bagaimana nak tingkatkan keuntungan.


Semoga Bermanfaat.

 


” DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

 

WEBSITE:

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

JOIN OUR TELEGRAM GROUP:

https://t.me/geniususahawanadvisory

 

.

#GenU
#MaxCashReserve
#KonvensyenGeniusUsahawan
#Ceoflix
#FinacialSwagger

Untung Ada, Tunai Pula Takda?

Sebelum ni selalu saya katakan bila buat marketing, pastikan ada untung. Bukan hanya pada jumlah jualan. Cuma kali ni berbeza sikit, bila ada untung duit pula tak tahu ke mana.

Ini saya bezakan untung atas kertas dengan untung yang genuine. Bagi saya untung genuine ni yang boleh masuk jadi cash. Bukan ia ke tempat lain. Maka pentingnya kena faham maksud untung genuine ni.

Antara sebabnya;

1) Untung disebabkan stok yang banyak. Stok yang banyak sebenarnya boleh menjadikan syarikat dalam keuntungan, ini kerana stok ini adalah aset yang boleh dijadikan keuntungan akan datang. Maka jika anda bayar untung kat sini, ia bukan untung yang genuine untuk tahun semasa.

.. Jangan simpan stok yang banyak, jika tidak mempunyai stok turnover yang cepat.

.

2) Untung telah dirompak oleh pemilik sendiri. Pemilik bisnes wujudkan perbelanjaan perbadi yang banyak untuk ditanggung oleh syarikat. Kononnya untuk kurangkan cukai syarikat, tapi sebenarnya habiskan atau rompak duit syarikat.

… Maka mesti ada plan urus kewangan peribadi dan syarikat.

.

3) Untung banyak kena bayar hutang yang dicipta oleh syarikat. Untung syarikat dikira hanya setelah tolak faedah pinjaman, tanpa bayaran pokok. Maka bila duit keluar tidak sama dengan belanja yang wujud untuk dalam penyata untung rugi.

… Kurangkan ambil hutang yang tinggi, seperti kenderaan atau aset tetap yang tidak hasilkan pendapatan.

.

4) Untung yang wujud tapi terpaksa bayar hutang pembekal atau hutang pihak ketiga yang sebelum ini. Bila untung wujud, ada pula hutang kena bayar. Ini antara akibat duit tunai tidak wujud dalam syarikat. Maka untuk elak ini berlaku kena lah bijak mengurus bayaran dan tempahan dari pembekal. Untuk elak hutang yang banyak.

.

5) Beli aset tetap dengan tunai, antara yang paling sering dilakukan ialah pembelian kenderaan dan aset kehendak diri. Ini sering berlaku sebab bila baki bank nampak macam menarik, mulalah pemilik syarikat akan fikir utk raikan diri. Tidak slaah, cuma ia jadi masalah jika tidak fikir kekuatan untuk syarikat.

.

6) Untung banyak tapi buat renovation pada syarikat. Buat renovation jenis yang mewah selalu akan menjerat kekuatan tunai. Sebab perlu nampak wowwww, baru orang yakin. Tidak salah untuk nak nampak woww. Cuma biarlah kita bawa wow tu boleh wujudkan jualan dan keuntungan untuk syarikat.

.

7) Wujudnya bad debts, tidak tuntut hutang dari customer lebih setahun. Ini antara sebab syarikat akan ada masalah tunai. Untung ada tapi duit masih ada pada customer. Atau dengan kata lain mereka tak bayar. Lebih masalah jika hutang tersebut langsung tidak berbayar.

.

8) Antara sebab duit kita tidak banyak ialah disebabkan bayar cukai atau kompaun. Cuma ia bukan lah sebab duit berkurangan sepenuhnya. Selalunya duit ini akan berkurangan jika mula wujud tiada perancangan cukai dan bayaran. Perancangan yang tak betul boleh sebabkan kompaun. Maka fikirkan betul-betul tentang nak larikan cukai.

Penyelesaian yang boleh dilakukan antaranya;

1) Ambil gaji tetap daripada sentiasa ambil duit dalam syarikat

2) Ambil dividen akhir tahun jika ada untung

3) Asingkan duit operation dengan duit reserved

4) Asingkan duit ke investment, dari nampak nak ambil jer

5) rancang cukai dengan betul, supaya tiada masalah cukai terutama kompaun.

 

Semoga Bermanfaat.

—-

” DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

 

WEBSITE: Genius Usahawan

https://geniususahawan.com/

 

JOIN FACEBOOK GROUP: Circle Genius Usahawan

https://www.facebook.com/groups/395348818323634

 

.

#GenU

#MaxCashReserve 

#KonvensyenGeniusUsahawan

#Ceoflix

#FinacialSwagger