Working Capital

 


Panduan penting untuk start-up dan SMEs

 

Working capital adalah sangat penting untuk kejayaan sesuatu perniagaan. Ia merupakan satu alat pengurusan utama ataupun key management tools untuk membantu kita membuat keputusan penting dalam perniagaan kita.

 

Tapi apa itu working capital?

Kenapa ia penting?

 

Dan bagaimana kita menggunakan ia untuk mengembangkan perniagaan kita ?

 

 

Apa itu working capital?

 

Secara teknikal, working capital ataupun net working capital adalah perbezaan di antara current assets dengan current liabilities yang terdapat di dalam balance sheet untuk perniagaan kita.

 

Erti kata lain, working capital adalah baki tunai di tangan dan di dalam bank selepas mengambil kira wang yang masuk & keluar dalam tempoh 12 bulan akan datang.

 

Working capital berfungsi sebagai metrik untuk melihat berapa efisien kita menjalankan perniagaan dan bagaimana stabilnya kewangan dalam masa jangka pendek iaitu di dalam tempoh 12 bulan.

 

Net working capital = Current assets – Current liabilities

 

Current assets merupakan: 

 

  1. Tunai di tangan dan di dalam bank
  2. Stok
  3. Penghutang
  4. Short-term investments
  5. Prepaid expenses

 

Current liabilities merupakan : 

 

  1. Hutang kepada supplier
  2. Tunggakan gaji dan perbelanjaan yang lain
  3. Pinjaman dalam tempoh 12 bulan
  4. Tax

 

Dan untuk pengisytiharan dividen kepada pemegang saham, berdasarkan Akta Syarikat 2016, sesebuah perniagaan perlu mempunyai working capital yang menepati kehendak ‘solvency test’.


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan, dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 010-2768832 (Customer Service Department). Lebih mudah isikan maklumat anda di SINI. 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *