BELANJA SYARIKAT YANG TIDAK BOLEH KURANGKAN CUKAI

8 Belanja Syarikat Yang Biasa Berlaku, Tapi Tidak Boleh Kurangkan Cukai

Jika anda jalankan perniagaan, sebelum kita berbelanja banyak kepada sesuatu. Pastikan kita ketahui belanja tersebut dibenarkan atau tidak dalam kiraan cukai. Untuk apa?

➡️ Untuk elak anda bayar cukai yang tinggi disebabkan belanja tersebut
➡️ Untuk merancang cukai syarikat anda.

Belanja yang dijangka boleh kurangkan cukai tapi sebenarnya TIDAK BOLEH KURANGKAN CUKAI

Ini diantara perbelanjaan yang dibuat tetapi tidak dapat mengurangkan cukai disebabkan ia dianggap belanja tidak dibenarkan dalam kiraan cukai.

Semoga bermanfaat.

#AMS

….

1) Perbelanjaan renovasi pejabat

Perbelanjaan ini tidak dibenarkan untuk tuntutan sebagai elaun modal/ boleh kurangkan pendapatan boleh cukai kerana ia dianggap sebagai perbelanjaan bersifat modal yang belum hasilkan bisnes.

Dicadangkan, jika anda buat renovasi, pastikan anda pecahkan perbelanjaan tersebut secara terperinci. Sebagai contoh belian penghawa dingin, kipas, lampu. Ini untuk memudahkan anda menuntut elaun modal perbelanjaan aset tersebut.

……

2) Bayaran derma

Bayaran derma kepada badan selain yang dinyatakan didalam Akta Cukai, adalah tidak dibenarkan kerana ia dianggap perbelanjaan yang bukan untuk menjana pendapatan dan membantu bisnes.

Jika anda berminat untuk menderma, dicadangkan supaya anda mencari institusi yang mempunyai kebenaran daripada Jabatan Dasar LHDN sebagai derma yang dibenarkan. Sebagai contoh derma kepada pihak zakat, yayasan dan banyak lagi.

Sila rujuk: Laman Web LHDN (link)

…..

3) Bayaran kelas motivasi

Belanja yang digunakan untuk kelas yang tiada kaitan dengan bisnes, sebenarnya tidak dibenarkan untuk pemilik syarikat.

Dicadangkan, perbelanjaan ini dilakukan bersama pekerja. Ia boleh dibenarkan dan diletakkan sebagai latihan pekerja.

……

4) Caruman EPF untuk pemilik bisnes

Bagi mereka yang menguna entiti bisnes seperti pemilikan tunggal & pekongsian (lebih mudah dikenali sebagai ENTERPRISE), caruman EPF untuk pemilik tidak dibenarkan sebagai belanja untuk kurangkan cukai
● sebab dianggap sebagai belanja untuk simpanan peribadi

Namun ia boleh dituntut pelepasan dalam cukai individu pemilik tersebut.

……

5) Bayaran upah

Bayaran upah tidak dibenarkan cukai jika ia bersifat umum iaitu tiada surat tawaran dan maklumat terperinci tentang penerima. LHDN boleh anggap ia sebagai belanja yang ingin elak cukai.

Dicadangkan, sebarang perbelanjaan ini, ada wujud perjanjian dengan penerima. Dengan terperinci, mengenai tujuan, jumlah upahan dan maklumat penerima.

……..

6) Perbelanjaan beli tender

Bayaran beli tender tidak dibenarkan cukai kerana ia perbelanjaan modal. Ia bukan perbelanjaan yang sudah janakan pendapatan.

Perbelanjaan yang dibenarkan untuk tender hanyalah bayaran sambungan kontrak.

……..

7) Bayaran under table ??? (faham2 sajalah)

Perbelanjaan ni memang sensitif untuk diungkitkan. Masih ada bisnes yang perlu bayaran yang dianggap komisen @ saguhati kepada orang tertentu atas peluang bisnes yang diberi.

● Ciri- ciri yang tidak dapat tolakan untuk kurangkan cukai
a) Tiada nama penerima wang tersebut
b) Bayaran tersebut dibayar semata-mata untuk dapat peluang peniagaan. Sebagai contoh hendak menemui orang penting.
c) Bayaran tersebut dibayar pada mereka yang tidak istiharkan pendapatan yang diterima dalam cukai pendapatan mereka.

……….

8) Bayaran guaman

Bayaran guaman yang digunakan untuk tujuan dibawah adalah tidak dibenarkan untuk tolakan cukai:-
a) bayaran untuk perjanjian dapat pinjaman permulaan
b) bayaran pinjaman untuk jual beli aset atau hartanah
c) Dalam kata mudah semua bayaran guaman untuk transaksi baru adalah tidak dibenarkan.

●Yang dibenarkan hanya:-
a) bayaran guaman untuk sambungan pinjaman
b) bayaran guaman untuk kutipan hutang klien

 


#AMS

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@amsyari shakur

2) Telegram
bit.ly/AmsyariShakur

#amaccgroup
#LHDN
#cukaisyarikat


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *