demo-attachment-1086-inspired-woman-NEARSKQ@2x

LARI CUKAI VS RANCANG CUKAI

Lari Cukai atau Rancang Cukai; mana satu yang anda lakukan?

Cukai merupakan topik paling tidak digemari oleh pemilik perniagaan. Tidak mengenal sesiapa, betapa berpengaruhnya seseorang itu, atau berapa banyak duit di bank, suka atau tidak, setiap jenis perniagaan wajib mengisytiharkan kedudukan cukai dan perlu membayar cukai sekiranya ada.

Rata-rata pemilik perniagaan mahu membayar seminimum cukai yang mungkin. Atas dasar ini, wujudlah aliran-aliran pemikiran yang mahu mengelak cukai, lari daripada cukai dan ada juga yang merancang cukai secara strategik.

Amatlah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan mengelakkan cukai, menghindar cukai dan juga merancang cukai secara strategik kerana silap memilih padah menanti. Pastikan pilihan yang dibuat tidak menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

—-

LARI DARIPADA CUKAI

Dalam bahasa yang mudah difaham; Tidak membuat pengisytiharan dan membayar cukai cukai ke atas kedudukan kewangan perniagaan setiap tahun ataupun membuat pengisytiharan yang tidak benar keatas kedudukan kewangan syarikat dengan cara mengurangkan pendapatan atau menaikkan perbelanjaan tanpa ada bukti dokumentasi yang sah disisi undang-undang dengan niat untuk mengurangkan cukai.

Melarikan cukai adalah SALAH disisi undang-undang.

Contoh-Contoh Melarikan Cukai
1. Tidak mengisytiharkan jualan/pendapatan yang telah dibuat.
2. Tidak membayar cukai yang telah diisytiharkan.
3. Mewujudkan dokumen yang tidak berlaku didalam transaksi

—-

MENGELAK CUKAI

Mengelak cukai boleh dianggap sebagai kawasan “kelabu” antara lari cukai dan perancangan cukai strategik. Kawasan “kelabu” ini wujud kerana terdapat kepincangan di dalam undang-undang dan pemilik perniagaan mengambil kesempatan atas kepincangan ini. Walaupun secara teknikal tidak melanggar undang-undang, namun sekiranya anda tidak berhati-hati, kaedah mengelakkan cukai boleh menjerat diri suatu hari kelak.

—-

RANCANG CUKAI SECARA STRATEGIK

Merancang cukai secara strategik adalah kaedah yang tepat untuk menurunkan cukai tanpa melanggar undang-undang. Walaupun kaedah ini tidak membuat anda membayar cukai mengikut “selera”, namun ini dapat membantu pemilik perniagaan membayar cukai seminimum yang mungkin berlandaskan undang-undang.

Contoh Rancang Cukai Secara Strategik:

1. Membuat anggaran cukai anda dengan lebih tepat untuk mengelakkan penalti atas pengurangan cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan. Syarikat boleh menyerahkan CP 204A untuk menyemak anggaran cukai yang perlu dibayar pada bulan keenam dan / atau sembilan tempoh asas.

2. Menyimpan setiap dokumen transaksi yang berkaitan dengan perniagaan.

3. Memastikan akaun perniagaan sentiasa dikemaskini dan diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

4. Menggunakan insentif cukai yang telah disediakan contohnya penggunaan elaun modal, status MSC, elaun pertanian, elaun bangunan industri, elaun pelaburan semula, elaun cukai pelaburan, taraf perintis, pindahan harga (transfer pricing)

5. Mengawal perbelanjaan yang tidak dibenarkan contohnya derma /sumbangan yang tidak dibenarkan oleh LHDN.

—-

Berdasarkan penjelasan ringkas yang telah diberi, anda buatlah pilihan yang bijak dan buat rujukan kepada pihak LHDN ataupun agent cukai yang sah untuk mendapatkankan informasi yang lebih tepat.

Selamat “berbusiness”!

 


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department). Lebih mudah isikan maklumat anda di SINI. 


“DAPATKAN ILMU2 BISNES SECARA PERCUMA DARI MENTOR2 USAHAWAN YANG BERPENGALAMAN DARI PELBAGAI BIDANG BISNESS + PERCUMA TEMPLATE PENGURUSAN DUIT BISNES BERNILAI RM97 SEKARANG!” ?

WEBSITE: ?

https://geniususahawan.com/

JOIN OUR TELEGRAM GROUP: ?

https://t.me/geniususahawanadvisory

.

#GenU
#MaxCashReserve
#GeniusUsahawan

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *