Perkara yang perlu dilakukan oleh PKS dalam menghadapi New Normal

New Normal: Kesan wabak pandemik COVID-19 memaksa semua manusia mengubah rutin normal mereka. Perkara biasa yang sudah menjadi kebiasaan tidak lagi boleh dilakukan.

Kehilangan nyawa, kemerosotan ekonomi, rutin perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa sehingga ada yang mungkin terpaksa menutup operasi mereka dan juga berlakunya peningkatan kadar pengangguran. Besarnya impak yang dibawa oleh wabak pandemik ini kepada seluruh dunia.

Ini jelas mempengaruhi sebahagian besar perniagaan di Malaysia terutamanya PKS. Setelah hampir 2 bulan virus ini mengganggu kehidupan kita, bagaimana kita harus bertindak balas?

Seperti yang dikatakan oleh banyak pakar, ” Kita perlu bangunkan suatu normal baru yang melibatkan semua individu, organisasi, komuniti ataupun negara ”.

Dalam artikel ini saya membincangkan tentang bagaimana seharusnya PKS bertindak balas terhadap “normal baru” dan apa perkara penting yang perlu dilakukan untuk perniagaan mereka.

Semoga bermanfaat.

….

1. Pengurusan Liquidity

Pengurusan liquidity merupakan perkara utama yang perlu dilakukan oleh perniagaan. Analisis dan perancangan liquidity yang baik akan membantu pihak pengurusan mengenal pasti dan meramal kemungkinan masalah yang mungkin berlaku dan ini boleh mengurangkan risiko masalah tersebut menjadi lebih besar.

Setelah Pakej Rangsangan Ekonomi  diumumkan oleh kerajaan Malaysia, kebanyakkan PKS telah menggerakkan rancangan krisis mereka dengan merebut sebanyak mungkin bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan. Dengan Bank Negara Malaysia menurunkan kadar faedah dan kerajaan menawarkan geran dan pinjaman, apakah cara paling berkesan untuk memanfaatkan peluang yang diberi? Apakah strategi yang syarikat boleh lakukan untuk menggerakkan perniagaan mereka yang terkesan akibat krisis wabak pandemik ini.

……

2. Fokus pada Aliran Tunai Semasa Syarikat

Pemilik perniagaan harus fokus pada aliran tunai semasa. Apakah dan berapakah perbelanjaan yang boleh dikurangkan, dipotong ataupun ditangguhkan pembayaran?

Sebagai contoh,sediakan senarai pembekal utama dan bayaran kritikal yang mesti dilakukan untuk memastikan kesinambungan operasi syarikat tidak terganggu. Pada masa yang sama, lihat juga bahagian mana yang boleh menjimatkan perbelanjaan, misalnya, batalkan pesanan jika lihat permintaan telah menurun.

Sekiranya boleh, mereka harus mengenalpasti lebihan modal kerja dan membuat inisiatif untuk menukarkannya menjadi tunai dengan cepat.

……

3. Lihat tenaga kerja syarikat

Pekerja adalah aset terbesar syarikat, dan sekarang ini, pekerja anda mungkin sedang risau dengan pekerjaan dan keselamatan masa depan mereka. Di sini, masalah liquidity yang terjadi menyebabkan banyak syarikat mempertimbangkan pemberhentian pekerja.

Cabaran ekonomi yang dihadapi adalah nyata, dan sebilangan perniagaan tidak dapat mengelak daripada perkara ini terjadi.

Kepimpinan yang bagus dapat menyampaikan dengan jelas dan teratur langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk melindungi semua pihak. Tentukan aktiviti pekerjaan yang kritikal yang masih dapat beroperasi, dan menentukan siapa yang boleh melakukan pekerjaan ini dan pekerja mana dalam seluruh organisasi punyai kemahiran untuk membantu lakukannya.

……

4. Semak ketersediaan rantaian bekalan (Supply Chain)

Pemilik perniagaan perlu menilai secarai realistik ketersediaan rantaian bekalan dan permintaan. Memandangkan ekonomi dunia yang perlahan, tetapi mereka perlu jua membuat rancangan untuk mengaktifkan semula pesanan setelah sekatan pergerakaan ditarik balik dan permintaan mulai meningkat.

……

5. Menganalisis status kewangan perniagaan

Perkara ini merupakan langkah penting untuk bertahan dalam krisis. Tanpa ada bimbingan yang betul, anda mungkin membuat keputusan yang salah. Dapatkan nasihat pakar mengenai status perniagaan anda sekarang. 

Tidak perlu malu dan sembunyikan status kewangan anda. Anda mungkin terkejut apabila sedar bahawa beban yang ditanggung berkurangan setelah kongsikan dengan yang pakar.

Mempunyai pasukan pengurusan krisis yang berdedikasi juga membantu mengurangkan beban pemilik perniagaan. Ini mampu meringankan beban minda dan tenaga pemilik perniagaan dan mereka boleh fokus kepada isu-isu penting yang lain.

Ingat, jika pemilik perniagaan hanya memfokuskan diri melawan kebakaran, kebakaran akan mendahului, dan pada waktu itu tidak ada perkara lain yang dapat dilakukan!

……

Mengamati model perniagaan baru tidak akan membahayakan perniagaan anda. Model perniagaan anda sekarang mungkin tidak relevan lagi dengan ‘New Normal’. Mungkin ianya sementara dan mungkin juga ianya kekal.

Ingat, kunci kejayaan adalah persiapan, ketangkasan, data yang tepat dan kesediaan untuk merealisasikan idea yang baik. Sememangnya tidak mudah untuk meninggalkan kebiasaan. Tidak mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru atau menggunakan sumber yang tidak biasa, tetapi semua ‘pejuang’ tahu bahawa pesimisme dan ketidakpastian merugikan anda pada saat ini.

Walaupun ancaman datang daripada banyak pihak, dengan kekuatan dan tekad yang ada, kita dapat mencapai matlamat kita. Kombinasi tenaga dan kecerdasan  serta keseimbangan antara emosi dan akal, etika, keupayaan membuat strategi baru berdasarkan pengalaman, semangat kepimpinan, kesedaran kekuatan yang ada dalam kerja berpasukan adalah fator kritikal untuk kejayaan perniagaan. 

—-

Penulisan:

NOR FARHANA,

Account Manager, 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.

 


#GenU
#Business Booster

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

#amaccgroup
#LHDN
#cukaisyarikat


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.