LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM AMBIL ALIH SYARIKAT @ PERNIAGAAN ORANG LAIN

Baru ini saya jumpa seorang kenalan. Gaya agak cemas. Bila tanya, rupanya nak tahu prosedur ambil alih aset dan kilang syarikat lain.

Bunyi memang macam untung jer dapat ambil alih perniagaan orang lain.  Tapi awas,  kalau salah langkah anda boleh kerugian lebih banyak. Banyak kes saya jumpa, jarang orang nak jual perniagaan atau aset mereka jika perniagaan mereka tiada masalah.

Untuk jadikan cerita, klien ini sudah keluarkan duit hampir RM50k lebih. Bila saya tanya apa yang dia bayar. Beliau sudah bayar deposit dan hutang lama syarikat tersebut. Jumlah keseluruhan jualan tersebut bernilai RM200K.

Soalan saya seterusnya, ada sebarang perjanjian tak untuk pembelian ini. Jawapannya, hanya melalui senarai dalam whatssap. Alamak, saya dah mula risau. Whatssap bukan perjanjian yang kuat untuk jadikan bukti jika berlaku masalah.

Saya rujuk pula tentang proses pindahan pengarah dan pemegang saham.  Belum berlaku sebarang perpindahan disebabkan pemilik lama hendak ada syer dalam syarikat jika tidak mereka tidak bayar penuh.

Fuhhhh bahaya ni, Jika pemilik lama masih ingin ada dalam syarikat terutama sebagai pemegang saham.  Bermakna dia masih boleh terima dividen dan boleh jual syer dia dengan harga tinggi bila syarikat dah stabil atau maju.

Ok lah, jom saya bagi langkah yang sebaiknya sebelum anda berminat nak ambil alih perniagaan atau syarikat orang lain.

—————————————

Langkah #1.

Dapatkan data-data dibawah:-

1) Semak dengan pihak LHDN, jika ada sebarang hutang yang berkaitan dengan syarikat.

2) Semak dengan Bank Negara, jika syarikat ini ada hutang atau tidak dengan bank lain.

3) Semak dengan SSM, untuk ketahui sudah buat serah simpan laporan tahunan atau penyata kewangan beraudit

4) Jika ia melibatkan kilang atau klinik, dapatkan kelulusan yang penting seperti sijil halal atau sijil keselamatan.

5) Buat semakan kawasan pejabat atau kilang, bil TNB, bil air, bil telefon, semakan kerosakan premis, 

 

Langkah #2

1) Buat semakan termasuk kos yang perlu ditanggung terutama melibatkan kompaun, hutang dan sebarang renovasi yang perlu dibuat.

2) Sebaiknya bayaran untuk pembelian tersebut sudah ditolak dengan kos yang perlu ditanggung. Atau sekurangnya ketahui berbaloi atau tidak dengan tawaran dibuat.

 

Langkah #3

1) Jika dah rasa setuju, jangan terus keluarkan cek. Buat perjanjian dengan pemilik asal (sebaiknya dengan lantikan peguam)

2) Pastikan perjanjian ada beberapa perkara dibawah:-

– Aset yang ingin dijual

– Tiada tanggungan hutang dengan pembekal sebelum ambil alih (kecuali anda boleh kawal penghutang sebelum ini untuk bayar pembekal)

– Apa yang ingin dijanjikan untuk dijual seperti lesen kilang, ISO, trademark dan sijil halal.

– Cara bayaran untuk elak belian tidak adil

– Proses perubahan pada pemegang saham dan pengarah. Sebaiknya jangan letak nama pemilik lama dalam syarikat.

 

Langkah #4

– Dapatkan pandangan setiausaha syarikat, untuk pastikan kelancaran proses ambil alih

– Antara yang anda boleh buat dengan mereka: –

1) Pastikan mereka uruskan pertukaran pengarah dan pemegang saham sebelum bayaran dibuat sepenuhnya

2) Pastikan mereka tahu perjanjian anda dengan penjual

3) Dapatkan maklumat tambahan tentang status kemaskini syarikat tersebut dengan LHDN dan SSM.

 

Langkah diatas sangat penting untuk anda tahu supaya dapat mengelakkan kita ditipu atau ada masalah dikemudian hari.   Sebab jarang orang ingin jual syarikat jika tiada masalah. Ikuti langkah diatas untuk mengelakkan berlaku masalah dikemudian hari dan menjadi beban kepada kita.

——-

#BusinessBooster
#GenU
#amaccgroup


Nak tahu lagi banyak info bisnes, follow dan join saya di

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.