PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU)

‘Perluasan PSU dibawah PENJANA’

Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Program Subsidi Upah (PSU) telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan, menjadikan tempoh bagi PSU ini adalah selama 6 bulan.

Objektif utama adalah untuk menggalakkan pengekalan pekerja dan mengurangkan kehilangan pekerjaan melalui Program Subsidi Upah yang sedia ada.  

Ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menjana semula ekonomi untuk membantu bukan sahaja syarikat dalam meneruskan operasi perniagaan tapi ianya juga untuk mengelakkan pekerja daripada kehilangan pekerjaan.

Program ini khas untuk pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah sahaja. Kadar bayaran yang ditetapkan untuk bulan tambahan (Bulan ke 4, 5, 6) adalah sebanyak RM600 sebulan kepada setiap pekerja untuk tempoh 3 bulan.


Syarat – syarat kelayakan

PSU

 

Syarat-syarat lain:-

  1. Majikan perlu mengekalkan semua pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah
  2. Dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja / pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja

 

Tarikh Permohonan

PSU berkuatkuasa mulai 1 April 2020 dan Tarikh akhir bagi permohonan adalah pada 30 September 2020 (tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan oleh Kerajaan)

 

Siapa yang TIDAK LAYAK memohon?

  1. Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2020
  2. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 April 2020
  3. Pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 sebulan
  4. Pekerja yang telah diberhentikan kerja
  5. Merka yang bekerja sektor awam, badan berkanun, persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk Freelancers
  6. Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate)
  7. Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU selepas mengemukan permohonan selepas atau pada 15 Jun 2020

 

EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

  1. Mulai 15 Jun 2020, program ERP akan digabungkan di bawah PSU
  2. Perluasan PSU ini meliputi:
    • Pekerja yang diarahkan mengambil cuti tanpa gaji (CTG)
    • Dengan syarat, bekerja di sektor pelancongan atau sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang masih dilarang semasa tempoh PKPP
    • Majikan boleh terus memohon PSU, dengan syarat pekerja menerima bayaran subsidi secara langsung



Maklumat lanjut boleh rujuk  SINI atau layari www.perkeso.com.my

Semoga Bermanfaat.

 


#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

3) Instagram
@Genius Usahawan 

 

#amaccgroup
#perkeso
#subsidiupah


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

BORANG CP 58

Apa itu CP 58?

Anda  ada bayar insentif kepada ejen? Pening tak tahu kena isi borang CP58 atau tak perlu? Mari saya kongsikan sedikit berkenaan CP 58,

CP 58 ialah satu borang yang dikeluarkan oleh LHDN untuk diisi oleh syarikat pembayar insentif kepada  ejen, pengedar atau pengagih. Bentuk bayaran insentif tersebut boleh berbentuk wang tunai atau bukan wang tunai dan ia mesti  dianggap insentif yang boleh dikenakan cukai kepada penerima.

Insentif yang berbentuk wang tunai adalah seperti komisen dan bonus, manakala insentif berbentuk bukan wang tunai adalah seperti produk syarikat, kereta, rumah, pakej pelancongan dan emas.

Syarikat pembayar hendaklah mengisi dan menyediakan Borang CP58 untuk semua penerima insentif. Syarikat pembayar hanya perlu menyerahkan borang CP 58 kepada penerima insentif yang melebihi RM5,000 setahun. 

Namun, penerima yang menerima insentif kurang daripada RM5,000, syarikat pembayar perlu mengeluarkan borang jika diminta oleh penerima tersebut sahaja.

Syarikat pembayar perlu menyerahkan borang tersebut kepada penerima insentif selewat- lewatnya 31 Mac setiap tahun. Borang ini tidak perlu di serahkan kepada LHDN tapi perlu disimpan rapi oleh syarikat pembayar dan penerima.

Selain itu, syarikat pembayar perlu menyimpan senarai maklumat semua penerima insentif selama tujuh (7) tahun dari tahun asas insentif diberikan. Jika tiada bukti yang disimpan oleh syarikat pembayar, pembayaran insentif tersebut boleh dianggap sebagai belanja yang tidak dibenarkan. Maksudnya cukai syarikat pembayar akan tinggi.

Nilai insentif yang bukan berbentuk wang tunai (seperti rumah, emas , kenderaan) yang dinyatakan dalam borang CP58 adalah berdasarkan nilai yang dituntut oleh syarikat pembayar pada masa ia berlaku, bukan nilai semasa barang tersebut.

Contoh:

1.6.2020 syarikat pembayar ada memberi emas kepada seorang ‘top ejen’ dan nilai tersebut berharga RM 500, borang CP 58 perlu dihantar paling lewat pada 31.3.2021 kepada ejen. Syarikat pembayar perlu menggunakan nilai  RM 500 juga, bukan nilai semasa emas.

Selain itu, penerima insentif juga hendaklah melaporkan amaun yang ditunjukkan didalam borang CP 58 sebagai pendapatan dalam tahun taksiran insentif diterima. Maksudnya penerima perlu melaporkan amaun tersebut didalam borang B atau BE pada tahun insentif diterima.

Terdapat beberapa kekeliruan tentang kriteria syarikat pembayar yang perlu menyediakan dan mengisi borang CP58. Saya berikan dua situasi, sila rujuk rajah dibawah :

 

Bagi situasi A :  Syarikat yang perlu mengisi borang CP58

CP58

Situasi A ini ialah situasi yang perlu mengisi borang Cp 58, kerana syarikat pembayar (HQ) akan membayar insentif atau komisyen kepada ejen/ stokis.  Berapa sahaja nilai  insentif yang dikeluarkan oleh syarikat pembayar kepada ejen perlu direkod di dalam borang CP58.

 

Situasi B :  Syarikat yang perlu tak perlu mengisi borang CP58

CP58

Bagi Situasi B pula, ini adalah situasi syarikat yang tidak perlu mengisi borang CP 58. Ini kerana tiada langsung bayaran insentif yang dibuat oleh HQ kepada ejen atau stokis. Penambahan harga yang dikenakan stokis/ejen kepada pembeli ini bukan dikira sebagai insentif kepada ejen. Jadi tidak perlu HQ mengisi borang CP 58 .

—–

Kesimpulannya,  borang CP 58 perlu diisi oleh syarikat yang mempunyai ejen dan ada membuat bayaran insentif kepada ejen terhadap barangan atau servis yang di jual oleh ejen kepada pembeli.

Bayaran insentif ini tidak kira sama ada berbentuk wang tunai atau bukan perlu dinyatakan seluruhnya didalam borang tersebut. Hal ini kerana bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang akan dihadapi pada masa hadapan kepada syarikat pembayar atau ejen yang menerima insentif tersebut.

Borang CP 58  anda boleh dapatkan di laman sesawang LHDN.

Sekian,
Terima kasih.

 

Penulisan:

NUR HIDAYAH,

Account Executive , 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.


 

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

3) Instagram
@Genius Usahawan 

 

#amaccgroup
#LHDN
#celikcukai


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

TIP MENULIS PELAN PERNIAGAAN (BUSINESS PLAN)

5 perkara utama ini perlu anda buat sebelum sediakan pelan perniagaan.

1. Rangka setiap proses dalam menjalankan perniagaan.

2. Rangka kos-kos yang diperlukan.

3. Kenal pasti kemahiran dan siapa yang diperlukan.

4. Kenal pasti pasaran yang bersesuaian.

5. Kenal pasti pesaing dalam pasaran.

Bila semua ini sudah dikenal pasti baru mudah anda nak buat pelan perniagaan.

.

Apa pula perkara wajib yang perlu ada?

1. Maklumat Perniagaan

Anda perlu gambarkan secara ringkas dan spesifik maklumat perniagaan anda seperti, nama syarikat, tarikh penubuhan, aktiviti-aktiviti utama perniagaan dan termasuk juga maklumat pengurusan organisasi.

 

2. Analisis Pasaran

Ramalkan apa yang diperlukan oleh pelanggan, tentukan siapakah sasaran pelanggan dan juga saiz pasaran. Selain itu, penting juga untuk anda menjelaskan keunikan barang atau servis yang ingin ditawarkan kepada pelanggan anda.


3. Pesaing Bisnes Anda

Kenal pasti siapakah pesaing utama perniagaan anda dan buat satu analisis untuk mengetahui apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada pesaing.


4. Strategi Operasi 

Bahagian ini anda perlu senaraikan semua aktiviti yang terlibat daripada penyediaan produk hingga pengeluaran produk. Selain itu, senaraikan juga bahan atau alatan yang digunakan dalam penyediaan produk anda. Gambarkan juga ruang yang digunakan dalam menjalankan aktiviti perniagaan anda dan tenaga buruh / pekerja yang diperlukan.


5. Rancangan Kewangan.

Rancangan kewangan ini perlulah disediakan untuk memudahkan pembaca memahami dan menilai status perniagaan anda. Analisis kewangan boleh dibuat berdasarkan satu pro forma penyata kewangan yang lengkap dan terperinci. 

Penyata kewangan yang diperlukan:

a. Penyata aliran tunai

b. Penyata untung rugi

c. Kunci kira-kira

.

Tidak kiralah sama ada anda seorang usahawan atau tidak, mereka yang benar-benar boleh realisasikan apa yang diinginkan, adalah mereka yang menulis pelan perniagaan berbanding yang hanya berkata-kata dan berangan-angan dalam kepala.

 


Nak tahu lagi banyak info bisnes, follow dan join saya di

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#AMS
#businessplan


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.