demo-attachment-1075-Mask-Group-45@2x

Working Together As Team

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Egestas purus viverra accumsan in nisl nisi. Arcu cursus vitae congue mauris rhoncus aenean vel elit scelerisque. In egestas erat imperdiet sed euismod nisi porta lorem mollis. Morbi tristique senectus et netus. Mattis pellentesque id nibh tortor id aliquet lectus proin. Sapien faucibus et molestie ac feugiat sed lectus vestibulum. Ullamcorper velit sed ullamcorper morbi tincidunt ornare massa eget. Dictum varius duis at consectetur lorem. Nisi vitae suscipit tellus mauris a diam maecenas sed enim. Velit ut tortor pretium viverra suspendisse potenti nullam. Et molestie ac feugiat sed lectus. Non nisi est sit amet facilisis magna. Dignissim diam quis enim lobortis scelerisque fermentum. Odio ut enim blandit volutpat maecenas volutpat. Ornare lectus sit amet est placerat in egestas erat. Nisi vitae suscipit tellus mauris a diam maecenas sed. Placerat duis ultricies lacus sed turpis tincidunt id aliquet.

WUHAN SEPI, IBARAT BANDAR MATI

Penularan Koronavirus jejaskan perniagaan di China

Kerajaan telah membuat keputusan untuk menggantung sementara kemasukan rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei ke Malaysia.

Ini yang dilaporkan media hari ini.

106 angka kematian, 4,428 orang positif dijangkiti koronavirus, 92 kes pula berlaku di luar China.

Terkini, pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan risiko jangkitan di China, peringkat serantau dan global adalah pada paras tertinggi.

Kesan penularan virus ini bukan sahaja pada rakyat China, tetapi masyarkat dunia.

Penduduk tidak dibenarkan meninggalkan bandar Wuhan tanpa sebab atau alasan kukuh.

Sejak Wuhan dikuarantin pada 23 Januari, bandar Wuhan dikatakan terus sepi ‘Ibarat bandar mati’.

Kedai tiada pengunjung, harga barangan dikatakan naik mendadak.

Pengangkutan awam utama seperti bas dan kereta api bawah tanah digantung operasinya.

Banyak premis perniagaan dan syarikat-syarikat besar seperti Starbucks dan McDonald’s terpaksa ‘tutup kedai’.

Shanghai Disneyland Park juga ditutup termasuk kawasan tumpuan pelancong lain di Beijing. Semua berhati-hati.

Facebook yang berpangkalan di California dikatakan melarang pekerjanya melakukan perjalanan ke China. Pekerja yang baru pulang dari Negara Tembok Besar itu juga diminta bekerja dari rumah.

Begitu juga dengan pengeluar kereta Nissan,GMO Internet dan beberapa syarikat ternama yang mengarahkan pekerja bekerja dari rumah.

Tidak terkecuali syarikat dari Malaysia. , Malindo Air dan AirAsia telah membekukan semua penerbangan ke dan dari Wuhan susulan wabak ini.

Begitu besar kesannya pada perniagaan dan masyarakat dunia. Tidak mustahil ia boleh menyebabkan kerugian jutaan dolar.

Apa yang berlaku saya percaya ada hikmahnya. Jadikan ia sebagai satu pengajaran pada kita semua.

Kita yang disini, ambil langkah pencegahan. Jaga kebersihan dan lindungi diri. Kita doakan agar semuanya kembali pulih dan bertambah baik.

 

#amaccgroup



#AMS

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

URUS AKAUN ANDA

CARA BIJAK MENGURUS AKAUN ANDA

Penting untuk anda urus akaun anda dengan baik.

Tahukah anda kelewatan menghantar dokumen kepada akauntan anda boleh menyebabkan  anda dikenakan kompaun? 

  1. Anda menyerahkan dokumen  lewat  dan dokumen tidak tersusun .
  2.  Jadi, penyata kewangan anda akan siap lambat dari tarikh yang sepatutnya.
  3. Seterusnya, akan menyebabkan audit anda tertangguh dan sudah semestinya anda akan dikenakan  kompaun oleh SSM.

Jadi , AMACC ingin  menawarkan cara bijak untuk menguruskan akaun anda, dan  ini mungkin akan menyelamatkan anda  daripada dikenakan kompaun.

Caranya adalah :

Menghantar dokumen  6  bulan awal (minimum)  sebelum tarikh tutup akaun syarikat anda.

Contoh : Tarikh tutup syarikat –  31/12/2020

                Anda perlu hantar dokumen  6 bulan awal – 30/6/2020

Kelebihan yang akan anda perolehi  daripada cara ini:

  • Dokumen anda lebih tersusun.
  • Akaun  anda akan selesai  pada masa yang telah ditetapkan.
  • Tiada lagi kelewatan pada audit.
  • Anda  dapat mengetahui  prestasi syarikat  dengan lebih awal.
  • Anda boleh merancang cukai  syarikat anda.

Jadi , AMACC ingin menyeru anda untuk mendapatkan perkhidmatan  kami.

Jika anda berminat  dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut , sila hubungi  (03 – 8920 8081 – Pn Norayazmin)

[/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]

Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

Pengumuman: Pendaftaran Kelas Starter Kit kini dibuka!

MASALAH PENGURUSAN BISNES

Percaya atau tidak, 80% bisnes rugi atau brankrup disebabkan oleh masalah pengurusan yang tidak baik.

Apa masalah Mereka?

  • Pengurusan dokumen lemah
  • Pengurusan akaun untung rugi yang tidak dikemaskini
  • Pengurusan akaun yang tidak memenuhi permintaan audit
  • Pengurusan cukai yang lemah sehingga terpaksa tanggung kompaun yang tinggi
  • Pengurusan dengan SSM yang tidak dapat kemaskini disebabkan masalah akaun yang lemah
  • Pengurusan pekerja yang tidak dapat membantu visi syarikat

Kenapa jadi masalah?

Kebanyakkan mereka tidak tahu,

  1. Apa yang perlu dilakukan
  2. Bagaimana mereka hendak memulakan
  3. Apa pengurusan yang perlu mereka ada
  4. Apa sumber mereka perlukan untuk kuatkan pengurusan

Semua ini, saya akan kongsi dengan anda. Anda akan mendapat tips pengurusan dan ‘guideline’ tentang cara betul dan mudah dalam menguruskan bisnes anda.

Anda juga akan mendapat tambahan:-

  • Template pengurusan
  • Checklist untuk memudahkan pengurusan
  • Flow untuk pengurusan yang baik
  • Apa yang perlu ada untuk pengurusan pekerja

Jika anda hendak ketahui persiapan yang perlu dibuat setelah ke SDN BHD. Boleh sertai workshop dengan menekan link dibawah:

[/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]

JANGAN HANTAR BORANG CUKAI INDIVIDU ANDA SEBELUM ketahui,

20 PELEPASAN
1 TOLAKAN 100% bagi CUKAI INDIVIDU 2018

Sebelum anda membuat efilling borang cukai pendapatan INDIVIDU anda untuk tahun taksiran 2018. Pastikan anda buat semakan semua perlepasan anda layak untuk tuntut atau tidak.

Inilah kesempatan untuk anda ketahui cukai pendapatan yang sepatutnya anda bayar.

Siapa yang tidak tahu pelepasan yang boleh diperolehi dan untuk anda usahakan ialah seperti dibawah:-

1) Individu dan saudara tanggungan – ➡RM9000

2) Belanja Kepada Ibu Bapa
Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) –

➡TERHAD RM5000

ATAU (Pilih salah satu)

Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

➡TERHAD RM3000

? Jumlah dibahagi sama rata dengan adik beradik yang tuntut untuk pelepasan cukai
? Pastikan anda tahu no kad pengenalan mak ayah
?Pendapatan mak atau ayah tidak melebihi RM24000/orang bagi setahun
? Umur ibu atau bapa melebihi 60 tahun

3) Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya) ➡TERHAD RM6000

?Jangan lupa simpan resit

4) Individu Kurang Upaya –

➡TAMBAHAN RM6000

? Perlu dapatkan pengesahan sbg OKU

5) Yuran Pendidikan (Diri Sendiri Jer) :

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

➡TERHAD -RM7000

6) Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (untuk individu atau suami/isteri atau anak-anak)

ATAU

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) – ➡TERHAD RM500

➡TERHAD KESELURUHAN RM6000

7) Gaya Hidup :

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

(iv) Bayaran langganan internet

➡TERHAD RM2500

? Simpan resit ya

8) Pembelian peralatan penyusuan

➡TERHAD RM1000

9) Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

➡TERHAD RM1000

10) Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018)

➡TERHAD RM3000

11) Suami/Isteri /Bayaran alimoni kepada bekas isteri (pasangan tidak mempunyai pendapatan atau memilih untuk istihar cukai taksiran Bersama)

➡TERHAD RM4000

12) Suami/Isteri kurang upaya

➡TAMBAHAN RM4000

13) Anak di bawah umur 18 tahun

➡TAMBAHAN RM2000 / seorang

14) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

➡TAMBAHAN RM2000 / seorang

15) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).

(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

➡TAMBAHAN RM8000 / seorang

16) Anak Kurang upaya

➡TAMBAHAN RM6000 / seorang

DAN

➡Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 / SEORANG

? bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

17) Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

➡TERHAD RM6000

18) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

➡TERHAD RM3000

19) Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji

➡TERHAD RM3000

20) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

➡TERHAD RM250

21) Derma untuk Tabung Harapan Malaysia

Tuntutan derma kepada THM adalah di bawah Derma kpd Kerajaan.

Dan bukan derma kpd Badan/tabung/organisasi yg diluluskan di bwh Seksyen 44(6).

Oleh 100% derma kpd THM adalah layak pelepasan cukai dgn Tiada Amaun Terhad 7% sebagaimana derma di bawah Seksyen 44(6).

Nota

➡TERHAD – tuntutan untuk pelepasan limit seperti yang tertera

➡TAMBAHAN- tuntutan penuh yang akan dapat tanpa limit jika anda layak

⚠ Ketahui perlepasan yang layak sebelum anda buat submit ke efilling LHDN

⚠ TARIKH BAYAR DAN HANTAR

Untuk borang BE – BAYAR DAN HANTAR sebelum 30 April 2019

Untuk borang B – BAYAR DAN HANTAR sebelum 30 June 2019

Anda boleh share, jika ia membantu.

Kepada mereka yang nak tahu tips dan celik tentang cukai serta pengurusan bisnes. Boleh klik link telegram dibawah:-

https://t.me/joinchat/AAAAAEhDl_LAzTGDwiQCMA

#amaccgroup #LHDN

CARA KIRAAN CUKAI YANG BAGI KERUGIAN PADA INDIVIDU

Ramai yang menghadapi masalah dalam kiraan cukai. Ada yang tidak jelas, tidak faham dan tidak tahu. Jadinya disini saya akan buat sedikit penerangan mengenai ini.
.
Untuk memudahkan penerangan, saya bagi contoh. Semoga ia mudah untuk difahami.

Situasi:
Ahmad (bukan nama sebenar), mempunyai pendapatan gaji dan dari bisnes online.
.
Bisnes online beliau ada berdaftar dengan ssm dan membuat akaun untung rugi setiap tahun.

?Kesimpulan

+ income pengajian – RM70000

+ bisnes online –
Rugi bersih RM22500
Belanja tidak dibenarkan RM2500

= 6⃣langkah perlu anda ikut =

?Step 1

Dapatkan rugi perniagaan anda setelah belanja tidak dibenarkan

Untung/Rugi bersih + belanja tidak dibenarkan

Contoh atas
RM22500+ (-RM2500)
= RM20000

?step 2

Dapatkan borang B, bila anda ada pendapatan perniagaan, anda sudah automatik perlu isi borang B.

?step 3

Untuk pendapatan pengajian, anda isi di ruang pendapatan berkanun pergajian / B6 (rujuk contoh borang B 2017)

Contoh :-
RM70000

?step 4

Hasilkan kerugian perniagaan (step 1), di isi dalam ruang Rugi Perniagaan Tahun Semasa / B10 (rujuk contoh borang B 2017)

Contoh :-
RM20000

?Step 5

Buat kiraan B1 hingga ke B15,
Dan isi jumlah keseluruhan pada B16

Contoh :-
RM70000 – RM20000
=RM50000

?step 6

Sekarang anda boleh lihat, terasa rugi tak jika anda tidak masukkan kerugian bisnes dalam kiraan cukai individu anda.

Jika ia bermanfaat untuk anda, boleh like pages saya sebagai menyokong

https://www.facebook.com/Amsyari-Shakur-351646318953371/

#20rahsiacelikbisnes

CUKAI KEUNTUNGAN HARTANAH (CKHT)

Nota penting untuk pelabur dan penjual hartanah.

* 3 perubahan CKHT 2019
* cara kiraan CKHT
* 3 jenis belanja dibenarkan untuk tolakan kiraan CKHT
* 1 pengecualian yang dibenarkan tolakan kiraan CKHT
* 7 pengecualian 100% dari dikenakan CKHT
* 3 langkah perlu tahu semasa jual (sudut cukai)

Awas! Nota ni panjang sampai tertido..

Ramai pelabur hartanah masih keliru dengan perubahan pada CKHT tahun 2019. Perubahan ini semua bermula pada 1 Januari 2019.

➡3 perubahan CKHT 2019

Apakah perbezaan yang anda kena tahu?

?1) Jualan rumah selepas tahun ke 5

Perubahan yang berlaku kadar cukai berubah mengikut kategori, jika

individu (warganegara malaysia)
5%

individu (BUKAN warganegara malaysia) -10%

Syarikat – 10%

?2) pengecualian cukai CKHT akan diberi pada individu

? warganegara Malaysia
? rumah kos rendah, sederhana yang bernilai harga balasan/harga pelupusan RM200,000 ke bawah.
?hanya untuk tahun ke lima ke atas

?3) Bagi rumah yang diperolehi SEBELUM tahun 2000 dan dijual pada tahun 2019

?pengiraan keuntungan bermulaan dari harga pasaran pada tahun 2000 ditolak dengan harga jualan semasa
(harga pasaran hartanah tahun 2000 – harga jualan semasa)
.
.
Selain perubahan diatas, anda juga perlu tahu, kiraan CKHT bukan hanya jualan semasa tolak jumlah pemerolehan/nilai pasaran semasa.

Ia adalah melalui keuntungan bersih, untuk lebih jelas sila rujuk pada format kiraan dibahagian foto.

➡3 jenis belanja dibenarkan seperti dibawah :-

?1)Penambahbaikan atau membaiki kerosakan hartanah

?2) belanja untuk mempertahankan hak milik hartanah

?Bayaran premium (untuk hartanah pajakan)
?Kos surveyor
? Kos peguam
? Setem duti

?3)Kos sampingan untuk pelupusan hartanah

?kos pengiklanan jualan hartanah (jika tiada agen hartanah)
?setem duti

➡Pengecualian yang dibenarkan dalam kiraan cukai

?Pengecualian di bawah perenggan 2 Jadual 4

?Pengecualian ini hanya dinikmati oleh individu sahaja.

?Pengecualian sebanyak RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi,

?pelupusan semua bahagian aset (di Malaysia) yang dimiliki oleh individu atau

?jika seseorang individu itu memiliki setengah bahagian tanah dan individu tersebut melupuskan kesemua setengah bahagian itu, maka pelupusan tersebut adalah pelupusan semua bahagian dan layak mendapat pengecualian ini.

?Sekiranya hanya sebahagian aset dilupuskan, formula untuk menentukan jumlah pengecualian bagi bahagian tersebut adalah:

? (A/B)* C

yang mana;

A- keluasan aset yang dilupuskan
B- jumlah keluasan keseluruhan aset
C- RM10,000 atau 10% daripada keuntungan boleh dicukai, yang mana lebih tinggi

(rujukan website LHDN)

➡7 Pengecualian 100%

Atau kata lain tiada CKHT dikenakan seperti situasi dibawah masih diteruskan seperti biasa. Iaitu

?a) Setiap individu boleh memilih memohon pengecualian CKHT sekali seumur hidup

? individu warganegara Malaysia
?mesti rumah kediaman sendiri
? mestilah buat rayuan melalui LHDN

?b. Penurunan (Devolution) Aset Simati (wasiat)

Penurunan (devolution) aset simati kepada wasi atau penerima sah yang dinyatakan dalam wasiat atau tak berwasiat, atau kepada pemegang amanah bagi amanah yang diwujudkan mengikut wasiat.

?C. Pemindahan Antara Suami Isteri

Pindah milik aset antara suami dan isteri dengan suatu balasan.

?D. Pemindahan Kepada Syarikat Terkawal

?Pindah milik aset yang dipunyai oleh
▪seorang
individu,
▪isterinya,
▪individu bersama-sama dengan isterinya, atau
▪dengan orang perseorangan yang mempunyai hubungan dengan individu itu atau isterinya;

KEPADA

sebuah syarikat (sama ada bermastautin atau tidak di Malaysia) yang dikawal oleh individu itu atau oleh isterinya, atau oleh individu bersama-sama dengan isteri atau orang perseorangan yang mempunyai hubungan;

?untuk balasan yang mengandungi semata-mata saham, atau balasan sebahagian besarnya saham (75%) dan bakinya bayaran wang

?E. Hadiah/Pemberian sukarela kepada kerajaan

Hadiah yang dibuat kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan atau badan khairat yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

?F. Pengambilan Wajib Mengikut Undang-Undang

Pelupusan sesuatu aset disebabkan oleh pemerolehan wajib berdasarkan mana-mana undang-undang.

?G. Pemberian tanpa balasan/ atas kasih sayang

Pelupusan aset dengan cara pemberian.

Pemberian itu adalah antara:

• suami dan isteri,
• ibu/bapa dan anak,
• datuk/nenek dan cucu,

Penerima dianggap memperoleh aset tersebut pada kos pemerolehan yang dibayar oleh pemberi ditambah perbelanjaan dibenarkan yang dilakukan oleh pemberi.

Kata lain:-

Harga jualan = Harga pemerolehan

➡3 perkara sebelum anda istihar cukai untuk jualan hartanah

1) anda perlu ketahui anda dibawah kategori cukai CKHT atau Cukai Pendapatan
(sebab kiraan berbeza)

2) kenalpasti cara kiraan cukai
?jumlah tahun pemerolehan
? kadar cukai yang dikenakan
? pengecualian yang layak

3) ketahui proses
?proses hantar borang,
?cara bayaran dibuat dan
?jumlah cukai perlu dibayar

Semoga bermanfaat kepada semua.

#amaccgroup
#pejuanghartanahcoach
#celikcukai

demo-attachment-45-general-shape-Blue

BASIC ACCOUNTING AND DOCUMENTATION

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai yang tidak menyedari keperluan mempunyai akaun yang lengkap. Kalau ditanya berkenaan akaun dikalangan orang yang menjalankan perniagaan, boleh dikatakan majoriti peniaga akan mengaku mengalami masalah perakaunan.

Kenapa masih ramai peniaga mengalami masalah perakaunan dan tidak dapat menyediakan akaun dengan tepat?

X Bagi peniaga kecil yang baru ingin memulakan perniagaan mereka, disebabkan tiada asas perakaunan yang baik, mereka memilih untuk tidak mengemaskini secara bulanan berbanding mengemaskini secara tahunan.

X Risiko yang dihadapi jika mengemaskini secara tahunan ialah transaksi tidak tepat, dokumen hilang dan maklumat tidak cukup.

X Kebanyakkan peniaga tidak mengetahui kepentingan akaun menyebabkan perniagaan mereka semakin merosot dan mengalami kerugian yang banyak.

X Peniaga juga terlalu sibuk dengan aktiviti operasi perniagaan menyebabkan kurangnya tumpuan terhadap hal-hal berkaitan pentadbiran malah ini akan mewujudkan masalah dari segi simpanan rekod dan kemaskini akaun.

Dalam memastikan kita boleh berjaya dalam perniagaan. Amatlah digalakkan dalam memastikan penyediaan akaun yang baik dan tersusun. Kelebihan mengetahui dan memahami perakaunan ialah:-

Dapat mengenalpasti kedudukan kewangan syarikat untuk mengelak daripada membuat perbelanjaan yang tidak penting dan menjimatkan perbelanjaan.
Dapat membuat analisa dan perancangan kewangan syarikat samaada bergerak dengan betul dan menguntungkan atau sebaliknya.
Dapat mengenalpasti dan mengelak penyelewengan sekiranya tiada kawalan pada aliran tunai dan kawalan pada duit keluar. Ini akan menyebabkan syarikat terpaksa menanggung kerugian yang banyak.
Merancang strategi pengurusan risiko dengan bijak bagi mengelakkan berlakunya risko yang tidak mampu ditanggung.

AMACC Corporate Services Sdn Bhd dengan berbesar hati akan mengadakan
Kelas Basic Accounting & Document:

Tarikh: 29/11/2018

Masa: 9am- 1pm

Yuran: RM150 (Per Person)

Tempat: AMACC Corporate Services Sdn Bhd

Bagi yang betul-betul berminat mahu mengikuti kelas ekslusif ini, anda perlu bersedia
supaya tidak terlepas peluang yang menarik ini.

DAFTAR SEKARANG!
Hanya serendah RM150 sahaja

Untuk sebarang pertanyaan hubungi:
Siapa yang perlu hadir ke kelas ini:-

Syarikat yang baru memulakan perniagaan
Syarikat yang tiada akauntan
Usahawan yang kurang mahir dalam perakaunan
Peniaga yang ingin menambah ilmu dalam perakaunan

demo-attachment-51-shape-footer

KELAS ASAS EXCEL

Assalamualaikum,

Ramai yang tahu tentang Microsoft Excel.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa Excel mampu memberi laporan analisis yang canggih

Ramai yang tidak tahu, Excel adalah salah satu teknologi Big Data

Dengan ini, anda semua dijemput hadir ke kelas asas excel kami:

Tarikh : 28/11/2018 (Rabu)
Waktu : 9 am-1 pm
Tempat : Amacc Corporate Services Sdn Bhd
Harga : RM 150 seorang

*Pendaftaran boleh dilakukan melalui whatsapp.
*Hanya perlu berikan nama peserta, nama syarikat ke 011-5753 6685