CARA KIRAAN CUKAI YANG BAGI KERUGIAN PADA INDIVIDU

Ramai yang menghadapi masalah dalam kiraan cukai. Ada yang tidak jelas, tidak faham dan tidak tahu. Jadinya disini saya akan buat sedikit penerangan mengenai ini.
.
Untuk memudahkan penerangan, saya bagi contoh. Semoga ia mudah untuk difahami.

Situasi:
Ahmad (bukan nama sebenar), mempunyai pendapatan gaji dan dari bisnes online.
.
Bisnes online beliau ada berdaftar dengan ssm dan membuat akaun untung rugi setiap tahun.

🚩Kesimpulan

+ income pengajian – RM70000

+ bisnes online –
Rugi bersih RM22500
Belanja tidak dibenarkan RM2500

= 6⃣langkah perlu anda ikut =

📌Step 1

Dapatkan rugi perniagaan anda setelah belanja tidak dibenarkan

Untung/Rugi bersih + belanja tidak dibenarkan

Contoh atas
RM22500+ (-RM2500)
= RM20000

📌step 2

Dapatkan borang B, bila anda ada pendapatan perniagaan, anda sudah automatik perlu isi borang B.

📌step 3

Untuk pendapatan pengajian, anda isi di ruang pendapatan berkanun pergajian / B6 (rujuk contoh borang B 2017)

Contoh :-
RM70000

📌step 4

Hasilkan kerugian perniagaan (step 1), di isi dalam ruang Rugi Perniagaan Tahun Semasa / B10 (rujuk contoh borang B 2017)

Contoh :-
RM20000

📌Step 5

Buat kiraan B1 hingga ke B15,
Dan isi jumlah keseluruhan pada B16

Contoh :-
RM70000 – RM20000
=RM50000

📌step 6

Sekarang anda boleh lihat, terasa rugi tak jika anda tidak masukkan kerugian bisnes dalam kiraan cukai individu anda.

Jika ia bermanfaat untuk anda, boleh like pages saya sebagai menyokong

https://www.facebook.com/Amsyari-Shakur-351646318953371/

#20rahsiacelikbisnes

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *