Bayangkan anda mengusahakan bisnes makanan yang makin berkembang. Jualan konsisten, pelanggan makin bertambah. Tapi tanpa sedar, jualan tahunan anda dah melebihi RM500,000
Tanpa pendaftaran SST, anda sebenarnya sedang melangkah ke zon risiko – tanpa perlindungan dan boleh dikenakan penalti.
Inilah realiti yang ramai usahawan tidak sedar. Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bukan sekadar kewajipan cukai – ia adalah satu keperluan untuk kekal patuh dan berkembang secara sah dalam dunia bisnes.
Apa Itu SST?
SST atau Sales and Service Tax adalah sistem percukaian yang diperkenalkan semula oleh kerajaan Malaysia pada 1 September 2018, menggantikan GST. Ia terbahagi kepada dua komponen:
1. Cukai Jualan (Sales Tax) – dikenakan kepada pengilang atau pengimport ke atas barangan tertentu
2. Cukai Perkhidmatan (Service Tax) – dikenakan kepada penyedia perkhidmatan terpilih seperti restoran, hotel, syarikat pengiklanan, syarikat IT, dll.
Kenapa SST Diperlukan?
SST bertujuan untuk:
Menyumbang kepada pendapatan negara
Mengawal selia sistem percukaian dalam sektor perdagangan dan perkhidmatan
Meningkatkan ketelusan dan pematuhan cukai oleh peniaga
Lebih penting lagi, syarikat yang mematuhi SST menunjukkan kredibiliti yang lebih tinggi di mata pelanggan, bank, dan pelabur.
Bila Syarikat Perlu Daftar SST?
Pendaftaran SST diwajibkan apabila syarikat mencapai ambang (threshold) berikut:
Jenis Cukai
Ambang Pendaftaran
Cukai Jualan
Jualan barangan melebihiRM500,000 setahun
Cukai Perkhidmatan
Pendapatan perkhidmatan melebihiRM500,000 setahun (tertakluk kepada kategori tertentu)
Pendaftaran mesti dilakukan dalam masa 28 hari selepas capai threshold.
Apa Jadi Jika Tidak Daftar Walaupun Layak?
Berdasarkan Akta Cukai Jualan 2018 & Akta Cukai Perkhidmatan 2018, antara implikasi utama termasuk:
Penalti lewat daftar – Boleh mencecah sehingga RM50,000
Bayaran cukai secara retroaktif – Dari tarikh sepatutnya didaftarkan
Kompaun atau tindakan mahkamah
Risiko audit dan sekatan dari pihak kastam
Reputasi syarikat terjejas
Ini bukan sekadar amaran, tapi telah berlaku kepada ramai usahawan yang tidak cakna akan kewajipan ini.
Di AMACC, kami faham kekeliruan dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan SME dalam soal percukaian. Sebab itu kami sediakan servis konsultasi SST, termasuk:
Semak kelayakan dan keperluan daftar SST
Urus pendaftaran tanpa pening kepala
Buat kiraan dan filing berkala
Selesaikan isu audit & penalti kastam
Struktur semula akaun & dokumen untuk compliance
Jangan tunggu sampai surat amaran datang. Hubungi kami untuk sesi konsultasi awal — percuma.
Add a Comment