Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-61 buat semua rakyat Malaysia.

“Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta bekerja membanting tulang di negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.”

“Kita semua rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Marilah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara.”

-Petikan ucapan daripada Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj (Perdana Menteri Malaysia pertama Pada 3 Jun 1957) yang disampaikan oleh beliau kepada lebih 2 ribu orang yang berkumpul bagi meraikan kejayaan beliau yang pulang dari Kota London untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan Malaya pada masa itu iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957.