BORANG CP 58

Apa itu CP 58?

Anda  ada bayar insentif kepada ejen? Pening tak tahu kena isi borang CP58 atau tak perlu? Mari saya kongsikan sedikit berkenaan CP 58,

CP 58 ialah satu borang yang dikeluarkan oleh LHDN untuk diisi oleh syarikat pembayar insentif kepada  ejen, pengedar atau pengagih. Bentuk bayaran insentif tersebut boleh berbentuk wang tunai atau bukan wang tunai dan ia mesti  dianggap insentif yang boleh dikenakan cukai kepada penerima.

Insentif yang berbentuk wang tunai adalah seperti komisen dan bonus, manakala insentif berbentuk bukan wang tunai adalah seperti produk syarikat, kereta, rumah, pakej pelancongan dan emas.

Syarikat pembayar hendaklah mengisi dan menyediakan Borang CP58 untuk semua penerima insentif. Syarikat pembayar hanya perlu menyerahkan borang CP 58 kepada penerima insentif yang melebihi RM5,000 setahun. 

Namun, penerima yang menerima insentif kurang daripada RM5,000, syarikat pembayar perlu mengeluarkan borang jika diminta oleh penerima tersebut sahaja.

Syarikat pembayar perlu menyerahkan borang tersebut kepada penerima insentif selewat- lewatnya 31 Mac setiap tahun. Borang ini tidak perlu di serahkan kepada LHDN tapi perlu disimpan rapi oleh syarikat pembayar dan penerima.

Selain itu, syarikat pembayar perlu menyimpan senarai maklumat semua penerima insentif selama tujuh (7) tahun dari tahun asas insentif diberikan. Jika tiada bukti yang disimpan oleh syarikat pembayar, pembayaran insentif tersebut boleh dianggap sebagai belanja yang tidak dibenarkan. Maksudnya cukai syarikat pembayar akan tinggi.

Nilai insentif yang bukan berbentuk wang tunai (seperti rumah, emas , kenderaan) yang dinyatakan dalam borang CP58 adalah berdasarkan nilai yang dituntut oleh syarikat pembayar pada masa ia berlaku, bukan nilai semasa barang tersebut.

Contoh:

1.6.2020 syarikat pembayar ada memberi emas kepada seorang ‘top ejen’ dan nilai tersebut berharga RM 500, borang CP 58 perlu dihantar paling lewat pada 31.3.2021 kepada ejen. Syarikat pembayar perlu menggunakan nilai  RM 500 juga, bukan nilai semasa emas.

Selain itu, penerima insentif juga hendaklah melaporkan amaun yang ditunjukkan didalam borang CP 58 sebagai pendapatan dalam tahun taksiran insentif diterima. Maksudnya penerima perlu melaporkan amaun tersebut didalam borang B atau BE pada tahun insentif diterima.

Terdapat beberapa kekeliruan tentang kriteria syarikat pembayar yang perlu menyediakan dan mengisi borang CP58. Saya berikan dua situasi, sila rujuk rajah dibawah :

 

Bagi situasi A :  Syarikat yang perlu mengisi borang CP58

CP58

Situasi A ini ialah situasi yang perlu mengisi borang Cp 58, kerana syarikat pembayar (HQ) akan membayar insentif atau komisyen kepada ejen/ stokis.  Berapa sahaja nilai  insentif yang dikeluarkan oleh syarikat pembayar kepada ejen perlu direkod di dalam borang CP58.

 

Situasi B :  Syarikat yang perlu tak perlu mengisi borang CP58

CP58

Bagi Situasi B pula, ini adalah situasi syarikat yang tidak perlu mengisi borang CP 58. Ini kerana tiada langsung bayaran insentif yang dibuat oleh HQ kepada ejen atau stokis. Penambahan harga yang dikenakan stokis/ejen kepada pembeli ini bukan dikira sebagai insentif kepada ejen. Jadi tidak perlu HQ mengisi borang CP 58 .

—–

Kesimpulannya,  borang CP 58 perlu diisi oleh syarikat yang mempunyai ejen dan ada membuat bayaran insentif kepada ejen terhadap barangan atau servis yang di jual oleh ejen kepada pembeli.

Bayaran insentif ini tidak kira sama ada berbentuk wang tunai atau bukan perlu dinyatakan seluruhnya didalam borang tersebut. Hal ini kerana bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang akan dihadapi pada masa hadapan kepada syarikat pembayar atau ejen yang menerima insentif tersebut.

Borang CP 58  anda boleh dapatkan di laman sesawang LHDN.

Sekian,
Terima kasih.

 

Penulisan:

NUR HIDAYAH,

Account Executive , 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.


 

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

3) Instagram
@Genius Usahawan 

 

#amaccgroup
#LHDN
#celikcukai


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

CUKAI DIGITAL

Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Cukai Digital?

—–

Bermula 1 Januari tahun ini, apa saja perkhidmatan digital yang disediakan syarikat luar akan dikenakan cukai sebanyak 6%. Contohnya macam Facebook, Airbnb, Netflix, Spotify dan lain-lain.
.
.
Tetapi cukai ini hanya akan dikenakan untuk perkhidmatan berbayar. Contohnya kalau sebelum ini anda tempah homestay menggunakan perkhidmatan digital Airbnb, anda bayar RM150 + RM50 untuk caj pembersihan sahaja.
.
.
Tapi bila cukai digital dikenakan anda perlu bayar 6% caj tambahan. Jadi sekarang anda perlu bayar RM200 + 6% atau RM12.
.
.
Sama juga kalau anda striming muzik atau filem dekat Netflix atau mengguna Facebook Ads untuk bisnes online. Anda akan dikenakan tambahan 6%.
.
.
Cukai 6% inilah yang disebut sebagai cukai perkhidmatan digital dan diletakkan di bawah kawalan Kastam Malaysia.
.
.
Buat masa sekarang, cukai perkhidmatan ini dikenakan untuk syarikat luar negara yang sediakan perkhidmatan digital di Malaysia.
.
.
Tetapi ada juga sesetengah penggunaan yang anda tidak perlu untuk membayar caj tambahan 6% ini.
.
.
Anda tidak perlu bayar 6% cukai ini sekiranya anda belajar secara online di universiti, sekolah, tadika luar atau dalam negara.

.
.
Selain itu, anda juga tidak perlu membayar cukai digital untuk servis e-newspaper, e-journal atau apa-apa bacaan dalam bentuk digital.
.
.

Semoga bermanfaat kepada semua.

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
bit.ly/AmsyariShakur

#amaccgroup
#celikcukai


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

 

CUKAI KEUNTUNGAN HARTANAH (CKHT)

PENGETAHUAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTANAH (CKHT)

Nota penting untuk pelabur dan penjual hartanah.

* 3 perubahan CKHT 2019
* Cara kiraan CKHT
* 3 jenis belanja dibenarkan untuk tolakan kiraan CKHT
* 1 pengecualian yang dibenarkan tolakan kiraan CKHT
* 7 pengecualian 100% dari dikenakan CKHT
* 3 langkah perlu tahu semasa jual (sudut cukai)

Awas! Nota ni panjang sampai tertidur..

….

Ramai pelabur hartanah masih keliru dengan perubahan pada CKHT tahun 2019.

➡️3 PERUBAHAN CKHT 2019

Apakah perbezaan yang anda kena tahu?

?1) Jualan rumah selepas tahun ke 5

Perubahan yang berlaku kadar cukai berubah mengikut kategori, jika individu (warganegara malaysia) 5%
individu (BUKAN warganegara malaysia) -10%
Syarikat – 10%

.
?2) Pengecualian cukai CKHT akan diberi pada individu

? Warganegara Malaysia
? Rumah kos rendah, sederhana yang bernilai harga balasan/harga pelupusan RM200,000 ke bawah.
? Hanya untuk tahun ke lima ke atas

.
?3) Penentuan harga perolehan harta tanah (Bajet 2020)

? Nilai pasaran pada 1 Januari 2013 ditetapkan sebagai harga pemerolehan bagi pelupusan harta tanah sebelum tahun 2013
? Dikuatkuasa bagi pelupusan harta tanah yang dibuat mulai 12 Oktober 2019.
? Pengiraan keuntungan bermula dari harga pasaran pada tahun 2013 ditolak dengan harga jualan semasa
(harga pasaran hartanah tahun 2013 – harga jualan semasa)
.
.
Selain perubahan diatas, anda juga perlu tahu, KIRAAN CKHT bukan hanya jualan semasa tolak jumlah pemerolehan/nilai pasaran semasa.

Ia adalah melalui keuntungan bersih, untuk lebih jelas sila rujuk pada format kiraan dibahagian foto.
.

➡️3 JENIS BELANJA DIBENARKAN SEPERTI DIBAWAH :-

?1) Penambahbaikan atau membaiki kerosakan hartanah

?2) Belanja untuk mempertahankan hak milik hartanah
? Bayaran premium (untuk hartanah pajakan)
? Kos surveyor
? Kos peguam
? Setem duti

?3) Kos sampingan untuk pelupusan hartanah
? Kos pengiklanan jualan hartanah (jika tiada agen hartanah)
? Setem duti
.

➡️PENGECUALIAN YANG DIBENARKAN DALAM KIRAAN CUKAI

? Pengecualian di bawah perenggan 2 Jadual 4

? Hanya boleh dinikmati oleh individu sahaja.

? Pengecualian sebanyak RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi,

? Pelupusan semua bahagian aset (di Malaysia) yang dimiliki oleh individu atau

? Jika seseorang individu itu memiliki setengah bahagian tanah dan individu tersebut melupuskan kesemua setengah bahagian itu, maka pelupusan tersebut adalah pelupusan semua bahagian dan layak mendapat pengecualian ini.

? Sekiranya hanya sebahagian aset dilupuskan, formula untuk menentukan jumlah pengecualian bagi bahagian tersebut adalah:

? (A/B)* C

yang mana;
A– keluasan aset yang dilupuskan
B– jumlah keluasan keseluruhan aset
C– RM10,000 atau 10% daripada keuntungan boleh dicukai, yang mana lebih tinggi

(rujukan website LHDN)

➡️7 PENGECUALIAN 100%

Atau kata lain tiada CKHT dikenakan seperti situasi dibawah masih diteruskan seperti biasa. Iaitu

?A) Setiap individu boleh memilih memohon pengecualian CKHT sekali seumur hidup

? Individu warganegara Malaysia
? Mesti rumah kediaman sendiri
? Mestilah buat rayuan melalui LHDN

?B. Penurunan (Devolution) Aset Simati (wasiat)

Penurunan (devolution) aset simati kepada wasi atau penerima sah yang dinyatakan dalam wasiat atau tak berwasiat, atau kepada pemegang amanah bagi amanah yang diwujudkan mengikut wasiat.

?C. Pemindahan Antara Suami Isteri

Pindah milik aset antara suami dan isteri dengan suatu balasan.

?D. Pemindahan Kepada Syarikat Terkawal

? Pindah milik aset yang dipunyai oleh
▪️Seorang individu,
▪️Isterinya,
▪️Individu bersama-sama dengan isterinya, atau
▪️Dengan orang perseorangan yang mempunyai hubungan dengan individu itu atau isterinya;

KEPADA

Sebuah syarikat (sama ada bermastautin atau tidak di Malaysia) yang dikawal oleh individu itu atau oleh isterinya, atau oleh individu bersama-sama dengan isteri atau orang perseorangan yang mempunyai hubungan;


? untuk balasan yang mengandungi semata-mata saham, atau balasan sebahagian besarnya saham (75%) dan bakinya bayaran wang

?E. Hadiah/Pemberian sukarela kepada kerajaan

Hadiah yang dibuat kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan atau badan khairat yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

?F. Pengambilan Wajib Mengikut Undang-Undang

Pelupusan sesuatu aset disebabkan oleh pemerolehan wajib berdasarkan mana-mana undang-undang.

?G. Pemberian tanpa balasan/ atas kasih sayang

Pelupusan aset dengan cara pemberian.
Pemberian itu adalah antara:
• Suami dan isteri,
• Ibu/bapa dan anak,
• Datuk/nenek dan cucu,
Penerima dianggap memperoleh aset tersebut pada kos pemerolehan yang dibayar oleh pemberi ditambah perbelanjaan dibenarkan yang dilakukan oleh pemberi.

Kata lain:-
Harga jualan = Harga pemerolehan

➡️3 PERKARA SEBELUM ANDA ISTIHAR CUKAI UNTUK JUALAN HARTANAH

1) Anda perlu ketahui anda dibawah kategori cukai CKHT atau Cukai Pendapatan
(sebab kiraan berbeza)

2) Kenalpasti cara kiraan cukai
? Jumlah tahun pemerolehan
? Kadar cukai yang dikenakan
? Pengecualian yang layak

3) Ketahui proses
? Proses hantar borang,
? Cara bayaran dibuat dan
? Jumlah cukai perlu dibayar

Semoga bermanfaat kepada semua.

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
bit.ly/AmsyariShakur

#amaccgroup
#CKHT
#celikcukai


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.