Dividen

Dividen

APA ITU DIVIDEN?

Dividen adalah ganjaran kepada pemegang saham kerana memberi pelaburan kepada syarikat, yang dihasilkan dari keuntungan syarikat. Pembayaran dividen mencerminkan secara positif kemampuan syarikat dan membantu mengekalkan kepercayaan pelabur.

Pengisytiharan dividen yang mampu menunjukkan bahawa syarikat itu menunjukkan prestasi yang baik dan telah menjana keuntungan yang tinggi. Lembaga pengarah boleh memilih untuk mengeluarkannya dalam pelbagai jangka masa dan dengan kadar pembayaran yang berbeza.

Pembayaran Dividen

Bayaran boleh dibuat mengikut kekerapan yang dijadualkan, seperti bulanan, suku tahunan atau tahunan. Namun begitu, dividen biasanya diagihkan kepada pemegang saham selepas berakhir Tahun Kewangan Syarikat.

Pembayaran boleh diterima sebagai tunai atau sebagai pelaburan semula ke dalam saham saham syarikat. Walaupun dividen boleh memberi isyarat bahawa syarikat mempunyai aliran tunai yang stabil dan menjana keuntungan, mereka juga boleh memberikan pelabur hasil berulang.

Pembayaran juga boleh membantu memberikan gambaran tentang nilai intrinsik syarikat. Bagi Malaysia pula, pemegang saham yang memperolehi dividen adalah dikecualikan dari cukai.

Syarikat baru, mungkin tidak menawarkan dividen kerana syarikat masih di peringkat awal pembangunan untuk mengekalkan pendapatan dan operasi syarikat, di samping penyelidikan, pembangunan dan juga pengembangan perniagaan.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran adalah penting untuk menentukan pemegang saham yang layak menerima pembayaran.

Tarikh pengumuman:
Diumumkan oleh pengurusan syarikat pada tarikh pengumuman (atau tarikh pengisytiharan) dan hendaklah dibenarkan oleh pengarah syarikat – Seksyen 132(1).

Tarikh rekod:
Tarikh rekod ialah penutupan tarikh kewangan syarikat, yang ditetapkan oleh syarikat untuk menentukan pemegang saham mana yang layak menerima dividen atau pengagihan.

Tarikh pembayaran:
Syarikat mengeluarkan pembayaran pada tarikh pembayaran, iaitu apabila wang itu dikreditkan ke akaun pelabur. Perlu dijelaskan sebelum tahun kewangan baru bermula.

Akta Syarikat 2016

Di bawah s.131 (1) Akta Syarikat 2016, syarikat boleh mengagihkan dividen kepada pemegang saham daripada keuntungan syarikat.

S.132 (1) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa pengagihan mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengarah sesebuah syarikat.

Dalam CA 2016, peraturan dividen didapati dalam s131. Ia mempunyai dua prinsip – iaitu
(1) Akan dibayar daripada keuntungan syarikat
(2) Tidak sepatutnya dibayar sekiranya pembayaran tersebut akan menyebabkan syarikat itu tidak mampu bayar.

Memandangkan para pengarah adalah orang yang memberi kuasa pembayaran, mereka mesti berpuas hati bahawa syarikat akan mampu beroperasi dan mampu membayar hutang selepas pengagihan dibuat.

Seksyen 133(2) memperuntukkan liabiliti pengarah dan pengurus yang dengan sengaja membayar atau membenarkan pembayaran dividen bukan dari keuntungan, mereka bertanggungjawab kepada syarikat bagi amaun lebihan pengagihan.

CA 2016 juga menetapkan liabiliti baharu yang dikenakan ke atas ahli. Seksyen 133(1) menyatakan bahawa syarikat boleh mendapatkan semula jumlah pengagihan yang diterima oleh pemegang saham yang melebihi jumlah yang sepatutnya yang dibuat melainkan pemegang saham
(1) telah menerima pengagihan itu dengan suci hati;
(2) tidak mengetahui bahawa syarikat itu tidak memenuhi ujian kesolvenan.

Ujian kesolvenan boleh dirujuk di Seksyen 113, CA 2016, (solvency test, untuk tempoh 12 bulan selepas pengagihan)

Selain Ujian kesolvenan, syarikat boleh merujuk kepada Penyata Kewangan Syarikat yang telah beraudit bagi pengistiharan dividen.

Setiap pemegang saham yang layak akan menerima “dividend warrant” yang dikeluarkan oleh Setiausaha Syarikat selepas memperolehi resolusi bagi persetujuan jumlah pengeluaran dari pengarah syarikat.

 


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan, dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 010-2768832 (Customer Service Department). Lebih mudah isikan maklumat anda di SINI.