TAWARAN PENGURANGAN KOMPAUN

INSENTIF PENGURANGAN KOMPAUN SSM

Tahukah anda?

SSM ada menawarkan insentif pengurangan kompaun sehingga 90% kepada syarikat. Tawaran pengurangan kompaun ini diberikan kepada syarikat untuk tempoh daripada 1 Januari 2020 hingga 30 April 2020.

Tujuan insentif ini diadakan supaya syarikat mudah untuk menyelesaikan kompaun yang dikenakan kepada mereka. SSM ingin menyeru syarikat untuk mengambil peluang keemasan ini dengan menyelesaikan segala kompaun-kompaun yang tertunggak sebelum tindakan mahkamah diambil.

Ingat! Sekiranya tindakan mahkamah sudah diambil, sebarang rayuan yang dibuat takkan sama sekali dilayan.

Namun, tawaran pengurangan ini hanya terpakai untuk kompaun yang dikenakan bagi kesalahan-kesalahan lazim sahaja berdasarkan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016.

Apakah kesalahan lazim yang dimaksudkan?

—————————————

Kesalahan Yang Layak Dapat Tawaran Pengurangan Kompaun

Mereka yang mempunyai kesalahan seperti berikut layak untuk dapat tawaran tersebut.

1. Gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan.

2. Gagal menyediakan Penyata Kewanagn.

3. Gagal mengedarkan Penyata Kewangan.

4. Gagal menyerahsimpan Penyata Kewangan.

5. Gagal memberi maklumbalas terhadap notis SSM.

6. Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

7. Gagal menyediakan Penyata Tahunan .

8. Gagal membentangkan Penyata Tahunan.

9. Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. (Bagi Syarikat Awam)

Situasi Syarikat Yang Layak Untuk Tawaran Tersebut

1. Syarikat aktif yang ingin kekal dalam daftar syarikat.

2. Syarikat dorman dikehendaki membuat permohonan pemotongan nama syarikat menurut Seksyen 550 Akta Syarikat 2016.

Jadi apa tunggu lagi, jom ambil peluang ini untuk selesaikan segala kompaun tertunggak syarikat anda.

 

#AMS
#amaccgroup
#celikbisnes


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

PUNCA BISNES GULUNG TIKAR

10 Punca Bisnes Anda Gulung Tikar

Mereka yang memulakan perniagaan, kemudian gulung tikar disebabkan banyak perkara.

Begitulah dunia perniagaan. Ada bermacam-macam masalah, tetapi jika tak diselesaikan dari awal ia akan jadi masalah yang lebih besar di kemudian hari.

Penat-penat anda berniaga akhirnya terpaksa tutup syarikat!

Hari ni saya nak kongsikan 10 punca yang membuatkan bisnes anda gulung tikar

—————————————

1. Tiada matlamat / objektif

Objektif bertujuan untuk menetapkan hala tuju sesebuah syarikat dan bagi memastikan fokus utama syarikat tidak tersasar. Ini adalah perkara paling asas yang perlu ada sebelum memulakan apa-apa bisnes. Tanpa matlamat yang jelas, anda tidak akan bersemangat dan tiada motivasi untuk terus berkembang maju. 

.
2. Mengabaikan pelanggan

Perlu diingat pelanggan adalah aset besar bagi setiap perniagaan. Sesebuah perniagaan tidak mungkin mendapat keuntungan tanpa adanya pelanggan. Tanpa pelanggan bisnes yang dijalankan tidak dapat beroperasi. Kekuatan sesebuah perniagaan bukan bergantung kepada kekuatan produk atau servis semata-mata, tetapi hubungan antara syarikat dengan pelanggan juga penting. 

.
3. Tiada sasaran jualan

Sebagai usahawan anda perlu tetapkan sasaran jualan bagi bagi tempoh tertentu seperti jualan mingguan, bulanan atau suku tahunan. Pada masa sama tetapkan strategi untuk capai target jualan. Apabila jualan syarikat dibuat sambil lewa tanpa ada sasaran yang jelas, bisnes anda sukar untuk bergerak kehadapan untuk dapatkan keuntungan.

.
4. Gagal tetapkan prioriti

Terlalu banyak perancangan yang dibuat juga mendatangkan kekeliruan. Dalam setiap urusan perniagaan perlu ada prioriti, kena tahu perkara apa yang perlu diutamakan dan yang perlu didahulukan. Perlu rancang agar tenaga dan masa tidak habis sia-sia untuk perkara yang tidak menguntungkan. 

.
5. Buat sesuatu di luar bidang, kemahiran atau kepakaran

Tanpa kemahiran dan pengetahuan yang sesuai, perniagaan boleh menghadapi risiko kegagalan kerana pengurusan dan operasi perniagaan tidak dapat dikawal dengan baik.

.
6. Lemah urus kewangan

Tiada rekod duit keluar masuk, dokumen perbelanjaan tidak disimpan dengan baik, tiada bajet yang dibuat untuk operasi syarikat, dan mencampurkan urusan peribadi dengan bisnes. Ini antara masalah yang sering berlaku di luar sana. Semakin besar perniagaan anda semakin dalam ilmu yang perlu ada tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan secara sistematik.

.
7. Penyelewengan

Inilah masalahnya apabila segala aset syarikat dianggap milik peribadi. Anda membelanjakan duit syarikat untuk kegunaan peribadi. Tidak ada amalan atau konsep pengasingan antara pemilik dan syarikat. Ini belum lagi isu penyelewengan oleh pekerja dalam urusan jualan.

.
8. Tiada pembaharuan dalam produk

Tiada pembaharuan atau sangat minima membuat R&D pada produk dikeluarkan bahkan tidak mengikut trend sesuai dengan kehendak pelanggan antara punca permintaan terhadap produk anda menurun.

.
9. Perbelanjaan overhead yang tinggi

Usahawan perlu bijak dalam meminimakan kos overhead yang dikeluarkan. Perbelanjaan overhead seperti penggunaan air, elekrik, gaji pekerja, sewa premis, bil internet dan telefon antara punca keuntungan syarikat merosot.

.
10. Modal pusingan tidak cukup

Ini antara faktor terbesar yang boleh mengakibatkan kegagalan sesebuah perniagaan. Apabila hasil jualan tidak memberangsangkan dan tiada pulangan modal dalam jangka masa yang ditetapkan.

.

Semoga bermanfaat kepada semua.

#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#celikbisness
#amaccgroup
#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

PENTINGNYA ‘JOB DESCRIPTIONS’

Apa yang dimaksudkan dengan “Job Descriptions”?

Keterangan kerja atau lebih dikenali sebagai Job Descriptions ini adalah satu kenyataan bertulis yang menjelaskan tentang tanggungjawab dan tugas bagi sesuatu jawatan yang dipegang.

Keterangan kerja ini haruslah memberi gambaran ringkas tentang peranan pekerjaan. Ia perlu dipastikan selari dengan matlamat dan visi yang ingin dicapai oleh syarikat.

Kenapa pentingnya untuk syarikat menyediakan Job Descriptions ini?

  • Sebagai asas dalam pengurusan pekerjaan terutama dalam hal pengambilan dan pemilihan pekerja bagi sesuatu jawatan

– Keterangan kerja yang jelas membantu anda dalam memilih pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan yang dicari
– Calon juga jelas dan faham tentang tanggungjawab bagi jawatan yang diperlukan

  • Dijadikan sebagai penentu dalam penilaian prestasi pekerja
  • Menentukan tanggungjawab dan tugas yang harus dipegang oleh pekerja
  • Membantu dalam menetapkan gaji yang sesuai bagi sesuatu jawatan dengan melihat kepada tanggungjawab yang dipegang
  • Pekerja jelas tentang skop tugas mereka dan lebih fokus dalam menjalankan tanggungjawab kerana mereka tahu tentang apa yang perlu dicapai

Apa yang perlu ada dalam Job Descriptions ini?

  • Nama jawatan / Posisi
  • Tugas dan tanggungjawab
  • Kemahiran yang diperlukan bagi jawatan yang dipegang
  • Purata Gaji
  • Hierarki jawatan – penerangan mengenai struktur pelaporan (pada siapa perlu lapor)

Sekiranya sesebuah syarikat itu tidak menyediakan Keterangan kerja yang jelas kepada pekerja. Mereka tidak dapat memahami tentang tugas mereka dan tentang apa yang perlu dicapai.

Ketidakfahaman pekerja dengan tugas dan tanggungjawab yang diberi akan membuat mereka berasa kurang motivasi untuk menjalankan kerja. Seterusnya, boleh mengakibatkan penurunan produktiviti syarikat.

Oleh itu, pentingnya Keterangan kerja ini dalam membantu pekerja memahami tugas dan tanggungjawab mereka. Supaya ia seiring dengan usaha untuk mencapai visi syarikat.


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu 

#amacc

#pengurusansumbermanusia

DIVIDEN SYARIKAT

Apa itu Dividen Syarikat?

Merupakan pengagihan keuntungan syarikat kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimilikinya. Jumlah yang akan diterima pemegang saham tertakluk kepada jumlah saham yang dimiliki di dalam syarikat tersebut.

Dividen diagihkan melalui 3 cara iaitu:

  • Tunai – Dibayar dalam bentuk wang 
  • Saham – Dibayar dalam bentuk saham tambahan 
  • Asset – Dibayar dalam bentuk asset (Dividen ini jarang dilakukan)


Syarat pengagihan:

  • Dibayar kepada pemegang saham jika syarikat mempunyai keuntungan sahaja.
  • Pengagihan dividen tersebut dibenarkan oleh pengarah syarikat.
  • Syarikat mestilah solven selepas pengagihan dividen dibuat. Solven bermaksud syarikat berupaya untuk membayar hutang 12 bulan selepas pengagihan dividen dibuat.
  • Boleh dibuat bila-bila masa sahaja mengikut apa- apa jumlah yang telah dipersetujui oleh pengarah syarikat.
  • Semua dividen wajib diisytiharkan kepada Bursa Malaysia
  • Dividen dibayar selepas ditolak jumlah cukai syarikat


Bilakah Dividen Perlu Diagihkan?

  • 2 kali atau 3 kali (setahun) bergantung kepada syarikat.
  • 3 jenis tempoh pengagihan:
    • Dividen interim

Diisytihar untuk satu jangka masa yang pendek iaitu 3 atau 6 bulan, dibayar dalam tempoh perakaunan semasa, dibuat berdasarkan prestasi keuntungan syarikat sebelum tempoh perakaunan berakhir.

    • Dividen akhir

Diisytihar selepas penyedian penyata kewangan syarikat (12 bulan), pembayaran dibuat selepas tempoh perakaunan semasa, biasanya nilai dividen lebih tinggi berbanding interim.

    • Special/Extra dividen

Dibayar secara tiba-tiba oleh syarikat, diisytihar apabila syarikat mencatatkan keuntungan luar biasa.

 

Cara Pengiraan 

Formula: Unit Saham yang dipegang (Unit) X Nilai Dividen (RM/per saham)

Contoh: Unit yang dipegang = 200 unit, Nilai dividen (RM) = RM 0.20
Jawapan: 200 unit x RM 0.20 = RM 40

Jumlah dividen yang akan diterima pemegang saham tersebut ialah sebanyak RM 40.

 

Kelebihan Membayar Dividen

  • Menunjukkan kestabilan sesebuah syarikat. Syarikat yang berupaya membayar dividen lebih kerap amat disukai oleh pelabur kerana menunjukkan prestasi syarikat tersebut.
  • Dapat menarik ramai pelabur
  • Berkongsi rezeki yang diterima dengan pelabur
  • Menjalinkan hubungan baik antara pelabur dan syarikat.

Nak tahu lagi banyak info bisnes, follow dan join saya di

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu.

#amacc
#pengurusansyarikat

INCOME TAX: KURANGKAN CUKAI SYARIKAT?

Nak kurangkan cukai syarikat dengan betul, ketahuilah belanja yang boleh kurangkan.

Kepada yang berbisnes, anda perlu tahu perbelanjaan yang boleh kurangkan cukai syarikat.

Terdapat  beberapa perbelanjaan syarikat yang pemilik syarikat tidak tahu  bahawa ianya boleh mengurangkan bayaran cukai syarikat, antaranya ialah:

  • Perbelanjaan yang dibuat untuk hasilkan pendapatan

Contoh:

    1. Bayaran Upah/Gaji
    2. Bayaran KWSP
    3.  Sewa premis perniagaan
    4. Faedah pinjaman perniagaan
    5.  Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan kenderaan yang digunakan untuk perniagaan

  • Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang upaya (OKU)
  • Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan
  • Sumbangan kepada perpustakaan
  • Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam

 

Kriteria Projek yang Layak :

  • Projek berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi
  • Memberi manfaat kepada orang awam
  • Projek disumbangkan secara sukarela dan tidak disyaratkan oleh pihak berkuasa di bawah sesuatu peraturan.

Contoh: 

Taman permainan kanak-kanak di taman perumahan yang dibangunkan oleh pemaju diberi secara sukarela dan bukan yang disyaratkan oleh pihak berkuatkuasa.

Bentuk sumbangan dan perkhidmatan yang layak dapat potongan cukai tersebut ialah:-

  1. Wang tunai
  2. Peralatan baru – komputer, mesin haemodialisis, peralatan pandang dengar
  3. Pembiayaan membina jalan raya, jambatan, dewan orang ramai – diluluskan oleh agensi berkaitan

 

Dan banyak lagi

  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja
  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan
  • Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan
  • Zakat perniagaan
  • Elaun modal :

    • Diberi untuk pembelian aset yang digunakan di dalam perniagaan
    • Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan ialah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan komputer
    • Kadar elaun adalah bergantung kepada jenis aset tetap yang digunakan
    • Syarat yang melayakkan tuntutan elaun modal ialah:
      • Syarikat menjalankan perniagaan
      • Aset digunakan di dalam perniagaan dan
      • Syarikat pemilik aset

 


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu..