SYARIKAT SDN BHD

Apa yang perlu anda tahu?

Syarikat SDN BHD, perkataan yang selalu dikaitkan dengan jenis perniagaan yang banyak ditubuhkan. Ada yang telah naik taraf dari Enterprise kepada SDN BHD. Tetapi untuk naik taraf atau menubuhkan syarikat SDN BHD ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

Semoga bermanfaat.

 

1. Penubuhan & Pemilikan syarikat

Syarikat – Syarikat Berhad dihadkan dengan saham. Saham syarikat ini tidak boleh dijual kepada orang awam. Syarikat sendirian berhad ditubuhkan dengan matlamat untuk memperolehi keuntungan. Pemilik syarikat ini, berdasarkan akta baru boleh dimiliki oleh seorang individu. Setiap penubuhan syarikat perlu membuat pendaftaran penubuhan syarikat  kepada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

.

2. Pengurusan syarikat

Selalunya Pemilik syarikat sendirian berhad merupakan pemegang saham terbesar syarikat. Pemilik syarikat boleh memilih untuk terlibat atau tidak, dalam urusan syarikat. Setiap keputusan berkenaan dengan syarikat perlu mendapatkan sokongan dan dipersetujui oleh setiap ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Ketua Pengarah Urusan merupakan ialah individu yang dilantik untuk menguruskan syarikat. Jawatan ini boleh diberikan kepada pemegang saham syarikta ataupun individu yang bukan pemegang saham.

Pengurusan syarikat SDN BHD perlu dibantu oleh Setiausaha Syarikat (Company Secretary) dalam hal-hal mengendalikan syarikat. Sekurang kurangnya seorang setiausaha perlu dilantik oleh syarikat. Setiausaha syarikat merupakan pegawai syarikat dan penasihat kepada Lembaga Pengarah Syarikat.

.

3. Risiko & keuntungan Syarikat

Syarikat SDN BHD dan pemilik syarikat merupakan dua entiti yang berasingan. Keuntungan dan kerugian syarikat tidak akan menjejaskan pemilik syarikat. Risiko yang di hadapi syarikat tidak akan mengugat hak personal pemilik syarikat. Keuntungan juga bukan sepenuhnya milik pemilik syarikat.

.

4. Cukai yang akan dikenakan

Sama seperti perniagaan dan jenis syarikat yang lain, cukai tetap akan dikenakan ke atas syarikat SDN BHD. Kesemua perbelanjaan yang terlibat dalam pendapatan sebuah Syarikat Sdn Bhd itu boleh diberi pelepasan bagi tujuan cukai pendapatan. Pelepasan cukai termasuklah faedah ke atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit.

 

—-

Disediakan oleh:

Azzareena Syahirah,

Senior Executive, 
AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.

Original Artikel: The Usahawan


#GenU
#Business Booster

Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

 

#amaccgroup


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.

 

Tags: No tags

2 Responses

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *