Nota penting untuk pelabur dan penjual hartanah.

* 3 perubahan CKHT 2019
* cara kiraan CKHT
* 3 jenis belanja dibenarkan untuk tolakan kiraan CKHT
* 1 pengecualian yang dibenarkan tolakan kiraan CKHT
* 7 pengecualian 100% dari dikenakan CKHT
* 3 langkah perlu tahu semasa jual (sudut cukai)

Awas! Nota ni panjang sampai tertido..

Ramai pelabur hartanah masih keliru dengan perubahan pada CKHT tahun 2019. Perubahan ini semua bermula pada 1 Januari 2019.

➡3 perubahan CKHT 2019

Apakah perbezaan yang anda kena tahu?

📌1) Jualan rumah selepas tahun ke 5

Perubahan yang berlaku kadar cukai berubah mengikut kategori, jika

individu (warganegara malaysia)
5%

individu (BUKAN warganegara malaysia) -10%

Syarikat – 10%

📌2) pengecualian cukai CKHT akan diberi pada individu

📍 warganegara Malaysia
📍 rumah kos rendah, sederhana yang bernilai harga balasan/harga pelupusan RM200,000 ke bawah.
📍hanya untuk tahun ke lima ke atas

📌3) Bagi rumah yang diperolehi SEBELUM tahun 2000 dan dijual pada tahun 2019

📍pengiraan keuntungan bermulaan dari harga pasaran pada tahun 2000 ditolak dengan harga jualan semasa
(harga pasaran hartanah tahun 2000 – harga jualan semasa)
.
.
Selain perubahan diatas, anda juga perlu tahu, kiraan CKHT bukan hanya jualan semasa tolak jumlah pemerolehan/nilai pasaran semasa.

Ia adalah melalui keuntungan bersih, untuk lebih jelas sila rujuk pada format kiraan dibahagian foto.

➡3 jenis belanja dibenarkan seperti dibawah :-

📌1)Penambahbaikan atau membaiki kerosakan hartanah

📌2) belanja untuk mempertahankan hak milik hartanah

📍Bayaran premium (untuk hartanah pajakan)
📍Kos surveyor
📍 Kos peguam
📍 Setem duti

📌3)Kos sampingan untuk pelupusan hartanah

📍kos pengiklanan jualan hartanah (jika tiada agen hartanah)
📍setem duti

➡Pengecualian yang dibenarkan dalam kiraan cukai

📍Pengecualian di bawah perenggan 2 Jadual 4

📍Pengecualian ini hanya dinikmati oleh individu sahaja.

📍Pengecualian sebanyak RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi,

📍pelupusan semua bahagian aset (di Malaysia) yang dimiliki oleh individu atau

📍jika seseorang individu itu memiliki setengah bahagian tanah dan individu tersebut melupuskan kesemua setengah bahagian itu, maka pelupusan tersebut adalah pelupusan semua bahagian dan layak mendapat pengecualian ini.

📍Sekiranya hanya sebahagian aset dilupuskan, formula untuk menentukan jumlah pengecualian bagi bahagian tersebut adalah:

📠 (A/B)* C

yang mana;

A- keluasan aset yang dilupuskan
B- jumlah keluasan keseluruhan aset
C- RM10,000 atau 10% daripada keuntungan boleh dicukai, yang mana lebih tinggi

(rujukan website LHDN)

➡7 Pengecualian 100%

Atau kata lain tiada CKHT dikenakan seperti situasi dibawah masih diteruskan seperti biasa. Iaitu

📌a) Setiap individu boleh memilih memohon pengecualian CKHT sekali seumur hidup

📍 individu warganegara Malaysia
📍mesti rumah kediaman sendiri
📍 mestilah buat rayuan melalui LHDN

📌b. Penurunan (Devolution) Aset Simati (wasiat)

Penurunan (devolution) aset simati kepada wasi atau penerima sah yang dinyatakan dalam wasiat atau tak berwasiat, atau kepada pemegang amanah bagi amanah yang diwujudkan mengikut wasiat.

📌C. Pemindahan Antara Suami Isteri

Pindah milik aset antara suami dan isteri dengan suatu balasan.

📌D. Pemindahan Kepada Syarikat Terkawal

📍Pindah milik aset yang dipunyai oleh
▪seorang
individu,
▪isterinya,
▪individu bersama-sama dengan isterinya, atau
▪dengan orang perseorangan yang mempunyai hubungan dengan individu itu atau isterinya;

KEPADA

sebuah syarikat (sama ada bermastautin atau tidak di Malaysia) yang dikawal oleh individu itu atau oleh isterinya, atau oleh individu bersama-sama dengan isteri atau orang perseorangan yang mempunyai hubungan;

📍untuk balasan yang mengandungi semata-mata saham, atau balasan sebahagian besarnya saham (75%) dan bakinya bayaran wang

📌E. Hadiah/Pemberian sukarela kepada kerajaan

Hadiah yang dibuat kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan atau badan khairat yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

📌F. Pengambilan Wajib Mengikut Undang-Undang

Pelupusan sesuatu aset disebabkan oleh pemerolehan wajib berdasarkan mana-mana undang-undang.

📌G. Pemberian tanpa balasan/ atas kasih sayang

Pelupusan aset dengan cara pemberian.

Pemberian itu adalah antara:

• suami dan isteri,
• ibu/bapa dan anak,
• datuk/nenek dan cucu,

Penerima dianggap memperoleh aset tersebut pada kos pemerolehan yang dibayar oleh pemberi ditambah perbelanjaan dibenarkan yang dilakukan oleh pemberi.

Kata lain:-

Harga jualan = Harga pemerolehan

➡3 perkara sebelum anda istihar cukai untuk jualan hartanah

1) anda perlu ketahui anda dibawah kategori cukai CKHT atau Cukai Pendapatan
(sebab kiraan berbeza)

2) kenalpasti cara kiraan cukai
📍jumlah tahun pemerolehan
📍 kadar cukai yang dikenakan
📍 pengecualian yang layak

3) ketahui proses
📍proses hantar borang,
📍cara bayaran dibuat dan
📍jumlah cukai perlu dibayar

Semoga bermanfaat kepada semua.

#amaccgroup
#pejuanghartanahcoach
#celikcukai