PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU)

‘Perluasan PSU dibawah PENJANA’

Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Program Subsidi Upah (PSU) telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan, menjadikan tempoh bagi PSU ini adalah selama 6 bulan.

Objektif utama adalah untuk menggalakkan pengekalan pekerja dan mengurangkan kehilangan pekerjaan melalui Program Subsidi Upah yang sedia ada.  

Ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menjana semula ekonomi untuk membantu bukan sahaja syarikat dalam meneruskan operasi perniagaan tapi ianya juga untuk mengelakkan pekerja daripada kehilangan pekerjaan.

Program ini khas untuk pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah sahaja. Kadar bayaran yang ditetapkan untuk bulan tambahan (Bulan ke 4, 5, 6) adalah sebanyak RM600 sebulan kepada setiap pekerja untuk tempoh 3 bulan.


Syarat – syarat kelayakan

PSU

 

Syarat-syarat lain:-

  1. Majikan perlu mengekalkan semua pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah
  2. Dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja / pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja

 

Tarikh Permohonan

PSU berkuatkuasa mulai 1 April 2020 dan Tarikh akhir bagi permohonan adalah pada 30 September 2020 (tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan oleh Kerajaan)

 

Siapa yang TIDAK LAYAK memohon?

  1. Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2020
  2. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 April 2020
  3. Pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 sebulan
  4. Pekerja yang telah diberhentikan kerja
  5. Merka yang bekerja sektor awam, badan berkanun, persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk Freelancers
  6. Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate)
  7. Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU selepas mengemukan permohonan selepas atau pada 15 Jun 2020

 

EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

  1. Mulai 15 Jun 2020, program ERP akan digabungkan di bawah PSU
  2. Perluasan PSU ini meliputi:
    • Pekerja yang diarahkan mengambil cuti tanpa gaji (CTG)
    • Dengan syarat, bekerja di sektor pelancongan atau sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang masih dilarang semasa tempoh PKPP
    • Majikan boleh terus memohon PSU, dengan syarat pekerja menerima bayaran subsidi secara langsung



Maklumat lanjut boleh rujuk  SINI atau layari www.perkeso.com.my

Semoga Bermanfaat.

 


#AMS


Untuk info tentang pengurusan bisnes, saya ada didalam

1) Facebook pages
@GenU

2) Telegram
@Genius Usahawan Advisory Channel

3) Instagram
@Genius Usahawan 

 

#amaccgroup
#perkeso
#subsidiupah


Anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan? Hubungi AMACC di talian 03-89208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat anda di sini. Kami sedia membantu.