PENTINGNYA ‘JOB DESCRIPTIONS’

Apa yang dimaksudkan dengan “Job Descriptions”?

Keterangan kerja atau lebih dikenali sebagai Job Descriptions ini adalah satu kenyataan bertulis yang menjelaskan tentang tanggungjawab dan tugas bagi sesuatu jawatan yang dipegang.

Keterangan kerja ini haruslah memberi gambaran ringkas tentang peranan pekerjaan. Ia perlu dipastikan selari dengan matlamat dan visi yang ingin dicapai oleh syarikat.

Kenapa pentingnya untuk syarikat menyediakan Job Descriptions ini?

  • Sebagai asas dalam pengurusan pekerjaan terutama dalam hal pengambilan dan pemilihan pekerja bagi sesuatu jawatan

– Keterangan kerja yang jelas membantu anda dalam memilih pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan yang dicari
– Calon juga jelas dan faham tentang tanggungjawab bagi jawatan yang diperlukan

  • Dijadikan sebagai penentu dalam penilaian prestasi pekerja
  • Menentukan tanggungjawab dan tugas yang harus dipegang oleh pekerja
  • Membantu dalam menetapkan gaji yang sesuai bagi sesuatu jawatan dengan melihat kepada tanggungjawab yang dipegang
  • Pekerja jelas tentang skop tugas mereka dan lebih fokus dalam menjalankan tanggungjawab kerana mereka tahu tentang apa yang perlu dicapai

Apa yang perlu ada dalam Job Descriptions ini?

  • Nama jawatan / Posisi
  • Tugas dan tanggungjawab
  • Kemahiran yang diperlukan bagi jawatan yang dipegang
  • Purata Gaji
  • Hierarki jawatan – penerangan mengenai struktur pelaporan (pada siapa perlu lapor)

Sekiranya sesebuah syarikat itu tidak menyediakan Keterangan kerja yang jelas kepada pekerja. Mereka tidak dapat memahami tentang tugas mereka dan tentang apa yang perlu dicapai.

Ketidakfahaman pekerja dengan tugas dan tanggungjawab yang diberi akan membuat mereka berasa kurang motivasi untuk menjalankan kerja. Seterusnya, boleh mengakibatkan penurunan produktiviti syarikat.

Oleh itu, pentingnya Keterangan kerja ini dalam membantu pekerja memahami tugas dan tanggungjawab mereka. Supaya ia seiring dengan usaha untuk mencapai visi syarikat.


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu 

#amacc

#pengurusansumbermanusia

DIVIDEN SYARIKAT

Apa itu Dividen Syarikat?

Merupakan pengagihan keuntungan syarikat kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimilikinya. Jumlah yang akan diterima pemegang saham tertakluk kepada jumlah saham yang dimiliki di dalam syarikat tersebut.

Dividen diagihkan melalui 3 cara iaitu:

  • Tunai – Dibayar dalam bentuk wang 
  • Saham – Dibayar dalam bentuk saham tambahan 
  • Asset – Dibayar dalam bentuk asset (Dividen ini jarang dilakukan)


Syarat pengagihan:

  • Dibayar kepada pemegang saham jika syarikat mempunyai keuntungan sahaja.
  • Pengagihan dividen tersebut dibenarkan oleh pengarah syarikat.
  • Syarikat mestilah solven selepas pengagihan dividen dibuat. Solven bermaksud syarikat berupaya untuk membayar hutang 12 bulan selepas pengagihan dividen dibuat.
  • Boleh dibuat bila-bila masa sahaja mengikut apa- apa jumlah yang telah dipersetujui oleh pengarah syarikat.
  • Semua dividen wajib diisytiharkan kepada Bursa Malaysia
  • Dividen dibayar selepas ditolak jumlah cukai syarikat


Bilakah Dividen Perlu Diagihkan?

  • 2 kali atau 3 kali (setahun) bergantung kepada syarikat.
  • 3 jenis tempoh pengagihan:
    • Dividen interim

Diisytihar untuk satu jangka masa yang pendek iaitu 3 atau 6 bulan, dibayar dalam tempoh perakaunan semasa, dibuat berdasarkan prestasi keuntungan syarikat sebelum tempoh perakaunan berakhir.

    • Dividen akhir

Diisytihar selepas penyedian penyata kewangan syarikat (12 bulan), pembayaran dibuat selepas tempoh perakaunan semasa, biasanya nilai dividen lebih tinggi berbanding interim.

    • Special/Extra dividen

Dibayar secara tiba-tiba oleh syarikat, diisytihar apabila syarikat mencatatkan keuntungan luar biasa.

 

Cara Pengiraan 

Formula: Unit Saham yang dipegang (Unit) X Nilai Dividen (RM/per saham)

Contoh: Unit yang dipegang = 200 unit, Nilai dividen (RM) = RM 0.20
Jawapan: 200 unit x RM 0.20 = RM 40

Jumlah dividen yang akan diterima pemegang saham tersebut ialah sebanyak RM 40.

 

Kelebihan Membayar Dividen

  • Menunjukkan kestabilan sesebuah syarikat. Syarikat yang berupaya membayar dividen lebih kerap amat disukai oleh pelabur kerana menunjukkan prestasi syarikat tersebut.
  • Dapat menarik ramai pelabur
  • Berkongsi rezeki yang diterima dengan pelabur
  • Menjalinkan hubungan baik antara pelabur dan syarikat.

Nak tahu lagi banyak info bisnes, follow dan join saya di

1) fb pages
@amsyari shakur

2) telegram
http://bit.ly/AmsyariShakur

 

#AMS


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu.

#amacc
#pengurusansyarikat

INCOME TAX: KURANGKAN CUKAI SYARIKAT?

Nak kurangkan cukai syarikat dengan betul, ketahuilah belanja yang boleh kurangkan.

Kepada yang berbisnes, anda perlu tahu perbelanjaan yang boleh kurangkan cukai syarikat.

Terdapat  beberapa perbelanjaan syarikat yang pemilik syarikat tidak tahu  bahawa ianya boleh mengurangkan bayaran cukai syarikat, antaranya ialah:

  • Perbelanjaan yang dibuat untuk hasilkan pendapatan

Contoh:

    1. Bayaran Upah/Gaji
    2. Bayaran KWSP
    3.  Sewa premis perniagaan
    4. Faedah pinjaman perniagaan
    5.  Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan kenderaan yang digunakan untuk perniagaan

  • Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang upaya (OKU)
  • Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan
  • Sumbangan kepada perpustakaan
  • Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam

 

Kriteria Projek yang Layak :

  • Projek berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi
  • Memberi manfaat kepada orang awam
  • Projek disumbangkan secara sukarela dan tidak disyaratkan oleh pihak berkuasa di bawah sesuatu peraturan.

Contoh: 

Taman permainan kanak-kanak di taman perumahan yang dibangunkan oleh pemaju diberi secara sukarela dan bukan yang disyaratkan oleh pihak berkuatkuasa.

Bentuk sumbangan dan perkhidmatan yang layak dapat potongan cukai tersebut ialah:-

  1. Wang tunai
  2. Peralatan baru – komputer, mesin haemodialisis, peralatan pandang dengar
  3. Pembiayaan membina jalan raya, jambatan, dewan orang ramai – diluluskan oleh agensi berkaitan

 

Dan banyak lagi

  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja
  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan
  • Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan
  • Zakat perniagaan
  • Elaun modal :

    • Diberi untuk pembelian aset yang digunakan di dalam perniagaan
    • Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan ialah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan komputer
    • Kadar elaun adalah bergantung kepada jenis aset tetap yang digunakan
    • Syarat yang melayakkan tuntutan elaun modal ialah:
      • Syarikat menjalankan perniagaan
      • Aset digunakan di dalam perniagaan dan
      • Syarikat pemilik aset

 


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau 011-57536685 (Advisory Department) atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu..