Apa itu Dividen?

Dividen dikenali sebagai pengagihan keuntungan syarikat kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimilikinya. Jumlah dividen yang diterima pemegang saham tertakluk kepada jumlah saham yang dimiliki di dalam syarikat tersebut.

Dividen dapat diagihkan melalui 3 cara iaitu:

  • Dividen tunai – Dibayar dalam bentuk wang
  • Dividen Saham – Dibayar dalam bentuk saham tambahan
  • Dividen Asset – Dibayar dalam bentuk asset (Dividen ini jarang dilakukan)

Syarat pengagihan dividen syarikat:

  • Dividen dibayar kepada pemegang saham jika syarikat mempunyai keuntungan sahaja.
  • Pengagihan dividen tersebut dibenarkan oleh pengarah syarikat.
  • Syarikat mestilah solven selepas pengagihan dividen dibuat. Solven bermaksud syarikat berupaya untuk membayar hutang 12 bulan selepas pengagihan dividen dibuat.
  • Boleh dibuat bila-bila masa sahaja mengikut apa- apa jumlah yang telah dipersetujui oleh pengarah syarikat.
  • Semua dividen wajib diisytiharkan kepada Bursa Malaysia
  • Dividen dibayar selepas ditolak jumlah cukai syarikat


Bilakah Dividen Perlu Diagihkan?

  • Dividen boleh diberikan sekali, 2 kali atau 3 kali (setahun) bergantung kepada syarikat.
  • 3 jenis tempoh pengagihan dividen:
    • Dividen interim

Diisytihar untuk satu jangka masa yang pendek iaitu 3 atau 6 bulan, dibayar dalam tempoh perakaunan semasa, dibuat berdasarkan prestasi keuntungan syarikat sebelum tempoh perakaunan berakhir.

    • Dividen akhir

Diisytihar selepas penyedian penyata kewangan syarikat (12 bulan), pembayaran dibuat selepas tempoh perakaunan semasa, biasanya nilai dividen lebih tinggi berbanding interim.

    • Special/Extra dividen

Dibayar secara tiba-tiba oleh syarikat, diisytihar apabila syarikat mencatatkan keuntungan luar biasa.

 

Cara Pengiraan Dividen

Formula: Unit Saham yang dipegang (Unit) X Nilai Dividen (RM/per saham)

Contoh: Unit yang dipegang = 200 unit, Nilai dividen (RM) = RM 0.20
Jawapan: 200 unit x RM 0.20 = RM 40

Jumlah dividen yang akan diterima pemegang saham tersebut ialah sebanyak RM 40.

 

Kelebihan Membayar Dividen

  • Menunjukkan kestabilan sesebuah syarikat. Syarikat yang berupaya membayar dividen lebih kerap amat disukai oleh pelabur kerana menunjukkan prestasi syarikat tersebut.
  • Dapat menarik ramai pelabur
  • Dapat berkongsi rezeki yang diterima dengan pelabur
  • Dapat menjalinkan hubungan baik antara pelabur dan syarikat.

 


Anda memerlukan khidmat nasihat tentang hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan dan payroll, sumber manusia ataupun income tax? Hubungi AMACC di talian 0389208081 atau emailkan kepada contact@amacc.com.my Lebih mudah isikan maklumat di sini. Kami sedia membantu.

#amacc
#pengurusansyarikat