Nak kurangkan cukai dengan betul, ketahuilah belanja yang boleh kurangkan.

Kepada yang berbisnes, anda perlu tahu perbelanjaan yang boleh kurangkan cukai syarikat.

Terdapat  beberapa perbelanjaan syarikat yang pemilik syarikat tidak tahu  bahawa ianya boleh mengurangkan bayaran cukai syarikat, antaranya ialah:

1. Perbelanjaan yang dibuat untuk hasilkan pendapatan

Contoh :

  1. Bayaran Upah/Gaji
  2. Bayaran KWSP
  3.  Sewa premis perniagaan
  4. Faedah pinjaman perniagaan
  5.  Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan kenderaan yang digunakan untuk perniagaan

2. Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang upaya (OKU)

3. Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan

4. Sumbangan kepada perpustakaan

5. Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam

Kriteria projek yang layak :

(i) Projek berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi

(ii) Memberi manfaat kepada orang awam

(iii) Projek disumbangkan secara sukarela dan tidak disyaratkan oleh pihak berkuasa di bawah sesuatu peraturan.

Contoh: 

Taman permainan kanak-kanak di taman perumahan yang dibangunkan oleh pemaju diberi secara sukarela dan bukan yang disyaratkan oleh pihak berkuatkuasa.

Bentuk sumbangan dan perkhidmatan yang layak dapat potongan cukai tersebut ialah :-

 (i) Wang tunai

 (ii) Peralatan baru – komputer, mesin haemodialisis, peralatan pandang dengar

 (iii) Pembiayaan membina jalan raya, jambatan, dewan orang ramai – diluluskan oleh agensi berkaitan

Dan banyak lagi

6. Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja

7. Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan

8. Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan

9. Zakat perniagaan

10. Elaun modal :

– Diberi untuk pembelian aset yang digunakan di dalam perniagaan

–  Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan ialah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan komputer

– Kadar elaun adalah bergantung kepada jenis aset tetap yang digunakan

–  Syarat yang melayakkan tuntutan elaun modal ialah :

  1. syarikat menjalankan perniagaan
  2. Aset digunakan di dalam perniagaan dan
  3. syarikat pemilik aset

Untuk tahu lebih mendalam belanja dan cara untuk rancang cukai dengan betul. Saya akan buat kelas dalam masa terdekat dan kepada sesiapa yang berminat dan Nak tahu lebih lanjut sila klik link di bawah :

http://chatwasap.com/06b723

atau hubungi no 011-5753 6685 ( Advisory dept)